Kementerian Kewangan (MoF) memandang serius penularan video memaparkan seorang wanita dan lelaki dipercayai mengisi petrol RON95 ke dalam sebuah tong besar di salah sebuah stesen minyak. MoF menegaskan, perbuatan berkenaan jelas melanggar peraturan kerana menyalahgunakan subsidi bahan api di bawah Program BUDI95. Menurut kementerian itu, siasatan mendapati individu terbabit merupakan warganegara Malaysia dan pemegang MyKad. […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Cuaca panas menyumbang kepada peningkatan kebakaran terbuka membabitkan kebun dan ladang, hutan serta belukar dan lalang. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, berkata berdasarkan trend semasa, hampir 40 hingga 60 peratus panggilan kecemasan ketika musim panas membabitkan kebakaran terbuka. “JBPM merekodkan 32,810 kes kebakaran hutan, ladang dan belukar […]
Rakyat Malaysia dijangka perlu bersedia menghadapi kenaikan harga sayur-sayuran seawal minggu hadapan menyusuli kesan konflik di Asia Barat yang mula dirasai di Malaysia. Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid, berkata kenaikan itu boleh berlaku dalam tempoh satu hingga dua minggu akan datang. “Harga mungkin meningkat sehingga 50 peratus […]
Tahukan anda di Malaysia sekarang ini ada 72 parti politik berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengikut Akta Pertubuhan 1966 ketika ini dengan sebahagian besarnya dijangka bersaing dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad, berkata jumlah itu tidak termasuk 16 parti baru yang ketika ini sedang […]
Ingat tak lagi letupan besar di Putra Heights dalam suasana Aidilfitri tahun lepas…? Ketika rakyat Malaysia bergembira menyambut hari kedua Syawal pada 1 April tahun lepas, negara dikejutkan dengan letupan gas bawah tanah yang memusnahkan 81 rumah, sekali gus meninggalkan ratusan penduduk dalam kehampaan dan kesuraman. Bagi Mohamad Nasir Abd Hamid, 70, bekas kontraktor yang […]
Pelajar-pelajar universiti memuji inisiatif kerajaan melalui FlySiswa yang menyediakan baucar subsidi tiket penerbangan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Nurhafiza Qhairani Natasya Abdul Razak, pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata inisiatif tersebut tepat pada masanya selain dilihat sebagai langkah proaktif dalam membantu meringankan beban kewangan. “Syabas […]
Tiada pakej rangsangan ekonomi akan diperkenalkan buat masa ini susulan konflik di Asia Barat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Beliau berkata pendekatan semasa kerajaan adalah memberi tumpuan kepada langkah jangka pendek untuk memastikan kestabilan ekonomi dan memantau sebarang perkembangan yang boleh memberi impak kepada negara. “Saya rasa yang penting kita belum […]
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dalam mood bergaduh dengan semua negara yang tidak setuju dengan tindakan Amerika Syarikat menyerang Iran. Yang terbaru beliau memberi amaran kepada negara-negara Eropah bahawa masa depan NATO boleh menjadi “sangat buruk” sekiranya sekutu Barat tidak membantu membuka semula laluan penting di Selat Hormuz yang kini terganggu akibat konflik dengan Iran. […]
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.35 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dengan agihan berjumlah RM524.74 juta. Pengagihan dividen itu meningkat berbanding RM514.20 juta yang dibayar pada tahun 2024, sekali gus tertinggi dalam tempoh lapan tahun. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dana rizab LTAT […]
Hartawan hotel dan hartanah, Robert Kuok, 102, sekali lagi dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia berdasarkan senarai bilionair dunia Forbes yang baharu. Kuok yang berpangkalan di Hong Kong berada di kedudukan ke-204 dengan kekayaan bersih AS$14.2 bilion (RM55.7 bilion), menjadikannya rakyat Malaysia di kedudukan tertinggi dalam senarai tahunan berkenaan, menurut FMT memetik laporan data Forbes. […]










