Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah memulakan siasatan terhadap video siaran langsung di aplikasi TikTok yang memaparkan individu memijak gambar Jalur Gemilang. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempersenda dan menghina Jalur Gemilang yang menjadi lambang kedaulatan, perpaduan serta identiti negara. “Tindakan tegas akan diambil,” katanya. […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Wartawan berperanan besar sebagai penapis, penyaring dan pendukung kebenaran demi memastikan masyarakat menerima maklumat yang sahih, seimbang dan berwibawa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam era ledakan maklumat dan penularan berita palsu yang semakin mencabar, peranan wartawan bukan sekadar menyampaikan berita semata-mata. “Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka atas dedikasi, keberanian dan komitmen […]
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulas isu perletakan jawatan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai satu tindakan berprinsip dan perlu dihormati. Menurut Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO itu, Rafizi dan Nik Nazmi telah memberi sumbangan yang berkesan serta […]
Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Kuala Lumpur sebagai amat berjaya, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Menurutnya sidang kemuncak yang berlangsung sejak Isnin itu turut mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa. “Alhamdullilah, saya lihat Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China telah […]
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat keletihan berada dalam keadaan stabil dan baik. Pejabat Perdana Menteri (PMO) memberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail menziarahi baginda hari ini. Sultan Hassanal Bolkiah berada di negara ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang berakhir […]
“Berasas atau tidak, itu adalah pandangan beliau dan mereka juga mempunyai hak untuk menyuarakan apa sahaja pandangan mereka.” Itu tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada Rabu mengulas kenyataan peguam isteri bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan keluarga yang menyifatkan tindakan SPRM hendak lucut hak hartanya sebagai tidak masuk akal dan […]
ASEAN perlu bangkit, bekerjasama dan mencari peranannya dalam dunia yang telah berubah atau berisiko kehilangan relevansi, kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong selepas menamatkan lawatannya ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan. Wong berkata terdapat kesedaran baharu dalam kalangan pemimpin ASEAN mengenai keperluan mendesak untuk memperkukuh usaha integrasi serantau, dan […]
Usaha ke arah pembentukan secara rasmi Majlis Media Malaysia (MMM) sedang digerakkan dan pengumuman mengenainya dijangka dibuat menjelang sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025, pada 14 Jun. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata usaha tersebut, akan digerakkan selepas Rang Undang-Undang (RUU) MMM yang diluluskan Dewan Rakyat pada 26 Feb lepas dan Dewan Negara pada 19 […]
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta meneliti elemen sejarah untuk dikekalkan dalam pembangunan semula bandar melibatkan 139 kawasan yang sudah dikenal pasti, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata pengekalan elemen sejarah itu amat penting untuk dijadikan memori terutama bagi penduduk asal sesuatu tempat dalam usaha pembangunan yang lestari dan mampan. “Kawasan ini pernah […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghoskan majlis makan malam gala sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China, yang meraikan perpaduan, diplomasi dan warisan budaya yang kaya di rantau ini. Acara berprestij itu berlangsung di Dewan Pameran 4 dan 5 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dengan […]










