Category Archives: TAHUKAH ANDA

PM Anwar periksa persiapan terakhir sebelum bermulanya Sidang Kemuncak ASEAN

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad malam meluangkan masa memeriksa persiapan dan usaha rapi yang dilakukan oleh semua pihak termasuk pelbagai kementerian dalam menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46. Anwar berkata beliau menghargai pergorbanan semua pegawai yang bertungkus lumus memastikan kelancaran persidangan. Ini termasuk dari segi persiapan logistik oleh pegawai dari Kementerian Luar, Kementerian Pelaburan, […]

Menteri Luar ASEAN puji kepimpinan Malaysia tangani krisis Myanmar

Menteri Luar ASEAN memuji kepimpinan proaktif Malaysia dalam menggerakkan usaha untuk melaksanakan Konsensus Lima Perkara (5PC) dan memudah cara dialog untuk memberi tumpuan kepada krisis di Myanmar. Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique A. Manalo berkata sesi rundingan tidak rasmi dan rundingan tidak rasmi lanjutan mengenai pelaksanaan 5PC diadakan Sabtu bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 […]

Deklarasi Kuala Lumpur dokumen paling penting dalam sejarah kepengerusian Malaysia

Deklarasi Kuala Lumpur 2025 yang dijangka ditandatangani pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 akan menjadi antara dokumen paling signifikan dalam sejarah kepengerusian Malaysia, khususnya dalam aspek geopolitik dan hala tuju ekonomi rantau ini. Felo Majlis Profesor Negara Prof Dr Azmi Hassan menjangkakan terdapat perbezaan ketara antara deklarasi itu dengan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai pembentukan Komuniti ASEAN […]

Ini perkembangan terbaru siasatan SPRM keatas aset Allahyarham Tun Daim…

Rasanya sudah agak lama tidak dengar kisah siasatan SPRM keatas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada 13 November tahun lalu. Hari ini,Khamis baru dapat perkembangan terkini mengenai status siasatan keatas kes berprofail tinggi itu dalam sidang akhbar Ketua Persuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di Putrajaya. Ikut cakap beliau SPRM sedang […]

Deklarasi Kuala Lumpur bakal tetapkan hala tuju masa depan ASEAN – PM Anwar

Deklarasi Kuala Lumpur yang akan dilancarkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 tahun 2025, bakal menetapkan hala tuju masa hadapan blok serantau itu dalam aspek tadbir urus, transformasi digital dan kesiapsiagaan strategik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menyifatkan deklarasi itu sebagai kemuncak kepada kerjasama erat antara pemimpin politik, cendekiawan dan pegawai kanan kerajaan, Anwar […]

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR jawab dakwaan Rafizi…

Selepas berdepan dengan dakwaan demi dakwaan dari Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa terdapat kepincangan dalam sistem pemilihan parti…Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Dr Zaliha Mustafa tampil dengan video khusus untuk menjawabnya Menteri Jabatan Perdana Menteri yang jaga Wilayah Persekutuan kata dakwaan Rafizi termasuk pelantikan vendor sistem pemilihan dibuat secara senyap-senyap “tidak berasas”. Zaliha […]

LIMA’25: Malaysia komited untuk keamanan, keselamatan serantau – PM Anwar

Penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) mencerminkan komitmen kuat Malaysia terhadap kesiapsiagaan pertahanan, keamanan serantau dan kerjasama strategik dalam menghadapi cabaran keselamatan global yang berkembang pesat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berucap pada majlis perasmian LIMA’25 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) malam ini, Anwar menyifatkan edisi kali ini jauh […]

DBKL nafi dakwaan godam dan tuntutan tebusan USD55 juta

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan sistem perkhidmatan dalam taliannya digodam serta penggodam menuntut wang tebusan USD55 juta (RM236.17 juta) berikutan gangguan itu. Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata sistem perkhidmatan dalam talian DBKL memang mengalami gangguan teknikal sebelum ini, namun tidak membabitkan sebarang tuntutan wang. “Memang ada gangguan […]

MP Cheras dakwa sistem ‘online’ DBKL digodam… bayaran tebusan diminta lebih RM236 juta

Tahukah anda tanda tanya mengenai kegagalan untuk mengeses beberapa sistem perkhidmatan dalam talian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak akhir April lalu berkembang menjadi spekulasi selepas Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai mendakwa sistem DBKL telah digodam dan penggodam meminta wang tebusan sebanyak USD55 juta (RM236.17 juta). China Press melaporkan Kok Wai berkata bahawa dia […]

Senarai enam lebuh raya dan 25 jalan utama yang ditutup sempena Sidang Kemuncak ASEAN

Enam lebuh raya dan 25 jalan utama sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat bermula Jumaat hingga 28 Mei ini bagi memastikan kelancaran trafik sempena Sidang Kemuncak ASEAN Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata jalan yang ditutup termasuk laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang, Pusat Konvensyen […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.