Category Archives: TAHUKAH ANDA

MP Cheras dakwa sistem ‘online’ DBKL digodam… bayaran tebusan diminta lebih RM236 juta

Tahukah anda tanda tanya mengenai kegagalan untuk mengeses beberapa sistem perkhidmatan dalam talian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak akhir April lalu berkembang menjadi spekulasi selepas Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai mendakwa sistem DBKL telah digodam dan penggodam meminta wang tebusan sebanyak USD55 juta (RM236.17 juta). China Press melaporkan Kok Wai berkata bahawa dia […]

Senarai enam lebuh raya dan 25 jalan utama yang ditutup sempena Sidang Kemuncak ASEAN

Enam lebuh raya dan 25 jalan utama sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat bermula Jumaat hingga 28 Mei ini bagi memastikan kelancaran trafik sempena Sidang Kemuncak ASEAN Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata jalan yang ditutup termasuk laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang, Pusat Konvensyen […]

Dakwaan surat sulit Rafizi bocor…Setiausaha Agung PKR bagi penjelasan

Betulkah sepucuk surat sulit Datuk Seri Rafizi Ramli kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung parti itu Fuziah Salleh sudah bocor? Surat berkenaan berkaitan keputusan Timbalan Presiden itu tidak mahu merasmikan kongres sayap pemuda dan wanita PKR di Johor Bharu pada 22 Mei ini. Rafizi yang nampak tidak senang dengan dakwaan suratnya […]

Pameran sempena Sidang Kemuncak ASEAN di KLCC bermula 23 Mei

Pameran dan reruai jualan bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang menawarkan pelbagai produk tempatan dan perkhidmatan kerajaan serta aktiviti menarik akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan reruai jualan dan pameran itu terbuka kepada orang awam bermula pada 23 hingga 25 Mei manakala delegasi ASEAN pada 26 dan […]

Ini komen Saifuddin mengenai dakwaan politik wang dalam PKR…

“Politik wang dalam takrif beri duit untuk mendapatkan sokongan ini, saya tidak fikir PKR berada pada tahap itu. “Tetapi, kalau menggunakan wang untuk mengadakan program, jamuan, sewa khemah, bayar bil hotel itu memang adalah.” Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kata demikian sebagai menyangkal dakwaan PKR kini berdepan risiko amalan politik wang […]

Abang Johari nafi Sarawak nak bunuh PETRONAS dalam menuntut hak pengurusan minyak dan gas

Kalau sebut tentang PETRONAS dan PETROS rasanya ramai sedia maklum mengenai kontroversi yang selubungi syarikat minyak nasional dan syarikat minyak kerajaan negeri Sarawak kebelakangan ini. Pada awal Mei PETRONAS mengesahkan bahawa anak syarikatnya, PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB), menerima notis pada 30 April 2025, daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak berkaitan pemprosesan dan pengedaran gas. […]

Jangan jadikan guru dan pelajar sebagai bahan uji kaji…

Ini adalah realiti.Sudah menjadi kebiasaan selepas pilihanraya umum akan berlaku pertukaran menteri…begitu juga halnya jawatan Menteri Pendidikan. Juga sudah jadi kebiasaan bila berlaku pertukaran menteri ada macam macam perubahan dibuat ikut ‘kepala’ menteri baru. Jawabnya guru dan murid sekolah pening dibuatnya. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari […]

Guru wira sejati bentuk masa depan Malaysia – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan para guru sebagai wira sejati dalam membentuk masa depan Malaysia serta sebagai ejen terhebat yang berjuang di medan ilmu dalam memastikan misi pendidikan negara tercapai. Anwar dalam klip video yang dikongsi di laman Facebook berkata, beliau menghargai semangat guru yang tinggi selaku tunjang utama negara dalam melahirkan generasi […]

Ekonomi Wanita atau ‘SHECONOMY’ agenda masa depan ASEAN

Konsep SHEconomy perlu dijadikan teras kepada agenda ekonomi masa depan ASEAN bagi memastikan pertumbuhan yang inklusif dan mampan, dengan memanfaatkan sepenuhnya potensi wanita di rantau ini, kata Presiden Forum Ekonomi Wanita (WEF) ASEAN 2025 Datin Dr Hartini Osman. Beliau berkata landskap ekonomi ASEAN perlu bergerak merentas sempadan dengan mengadaptasi dasar responsif gender dan model kerjasama […]

Anwar bangkitkan laporan ICAO MH17 ditembak jatuh Rusia semasa bertemu dengan Putin

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membangkitkan isu mengenai insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 semasa pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin hari ini. Anwar perkara itu dibangkitkan semasa rundingan dua hala beliau dengan Presiden Rusia itu di Kremlin sebagai mewakili keluarga mangsa yang terjejas akibat insiden tersebut […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.