Sidang Khas Parlimen dimulakan dengan ucapan takziah susulan pemergian Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menyampaikan ucapan takziah dan memaklumkan bahawa negara telah memberikan penghormatan tertinggi kepada Allahyarham Tun Abdullah dengan menyemadikan jenazah di Makam Pahlawan. “Tun Abdullah Ahmad […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi menjayakan Program Kem MADANI dalam kem tentera di seluruh Malaysia pada tahun ini. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya telah mencadangkan kepada kerajaan supaya anggota tentera tidak terkecuali daripada mendapat manfaat daripada projek itu yang serupa dengan Program Ekonomi MADANI. Beliau berkata sebagai contoh, antara yang dikenal […]
Kalangan yang tahu kisah dalaman industri minyak dan gas cakap mereka sudah mencium ‘suhu yang agak panas’ pada Jumaat lalu bila muncul berita Petronas mengesahkan anak syarikatnya, PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB), menerima notis dari kerajaan negeri Sarawak berkaitan pemprosesan dan pengedaran gas. Notis pada 30 April 2025 daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak itu […]
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengesahkan bahawa anak syarikatnya, PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB), menerima notis pada 30 April 2025, daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak berkaitan pemprosesan dan pengedaran gas. Syarikat minyak negara itu memberitahu Bernama bahawa PCSB diberi kuasa mengikut undang-undang di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 untuk menjalankan aktiviti syarikat […]
Proses pencalonan dan pemilihan pucuk pimpinan pusat PKR yang dijadualkan esok,3 Mei dan 4 Mei telah ditangguhkan kepada 8 dan 9 Mei. Pengerusi jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) Dr Zaliha Mustafa memberitahu hal itu menerusi satu kenyataan. Bagaimanapun beliau tidak beri sebarang sebab tentang keputusan berkenaan. “Dimaklumkan bahawa jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) telah memutuskan untuk menangguhkan […]
Tun Ramli Ngah Talib pada Khamis mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan dalam satu majlis penuh istiadat di Dewan Sri Pinang, menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak. Ramli, 84, mengangkat sumpah jawatan dan kemudiannya menandatangani surat sumpah jawatan itu dengan disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Rozana Ali Yusoff dan […]
Malaysia, yang mendapat pengiktirafan global apabila menduduki tempat pertama dalam penilaian Inventori Data Terbuka (ODIN) 2024/25, membuktikan beberapa langkah reformasi yang dibawa kerajaan dalam pengurusan data membuahkan hasil. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI, bagaimanapun berkata Jemaah Menteri mengambil maklum bahawa terdapat perkara yang boleh ditambah baik setelah meneliti laporan ODIN. […]
Projek pembangunan Rumah Belia MADANI dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu perlu disegerakan serta dilaksanakan mengikut jadual bagi mengelakkan kelewatan yang membebankan bakal pemilik. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan segala peraturan dan kelulusan berkaitan projek tersebut hendaklah diselesaikan segera tanpa karenah birokrasi yang melambatkan proses. “Saya mahu projek ini dijalankan segera. Apa-apa […]
Kawalan harga dan subsidi telur ayam akan ditamatkan secara berfasa bermula Khamis ini, sebagai langkah penyasaran semula subsidi di bawah inisiatif Kerajaan Madani. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kadar subsidi telur ayam akan dikurangkan daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji bermula esok manakala pemberian subsidi sepenuhnya akan ditamatkan pada 1 Ogos […]
Penyertaan Malaysia dalam Sesi Pendengaran Awam prosiding Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Palestin di The Hague, Belanda pada Isnin berupaya menambah tekanan antarabangsa ke atas Israel. Menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Mohd Hamid, antara lain, langkah itu juga berupaya meningkatkan imej Malaysia di persada dunia sebagai jurubicara khususnya […]










