Apakah Malaysia akan menetapkan had umur untuk pengguna media sosial terutamanya kanak-kanak akan dibuat selepas kajian dan penilaian yang lebih mendalam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata analisis juga perlu dilaksanakan mengenai bagaimana ia akan mempengaruhi perkembangan mereka. “Ini kerana penggunaan platform media sosial dan pesanan Internet secara meluas dalam kalangan kanak-kanak terutamanya pelajar yang menggunakan […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Sekalipun Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025, yang menjadi asas kepada penggubalan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 diluluskan di Dewan Rakyat dengan dokongan dua pertiga namun ia ‘dicacatkan’ oleh 57 ahli parlimen pembangkang yang tidak mengundi. Pindaan Rang Undang-undang itu mendapat sokongan 148 Ahli Parlimen pada bacaan kali kedua dan ketiga ketika undi belah bahagian dilakukan. […]
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenal pasti 66,000 perniagaan di platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967). Dalam kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan perkara itu dikenal pasti melalui maklumat pengemukaan e-invois yang diterima LHDN meliputi maklumat individu dan syarikat yang menjalankan perniagaan […]
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf. Beliau berkata jumlah itu mewakili 84.5 peratus daripada 41,701 kes jenayah komersial dilaporkan pada tahun lepas. “Bilangan kes penipuan direkodkan pada 2024 meningkat tiga peratus berbanding 2023 iaitu […]
Syarikat minyak dan gas Indonesia, Pertamina mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat negara itu serta berjanji untuk memperkukuh reformasi tadbir urus susulan siasatan rasuah yang membabitkan pegawainya. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Simon Aloysius Mantiri mengesahkan komitmen syarikat untuk mengukuhkan tadbir urus korporat dan memastikan pematuhan dalam semua operasinya. “Sebagai sebahagian daripada respons kami, pusat krisis […]
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan taklimat harian yang disiarkan secara langsung di platform media sosial, bukan pengganti kepada tugas jurucakap kerajaan yang peranannya dimainkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, kedua-dua tugasan itu tidak bertindih, sebaliknya taklimat harian berperanan menjadi pelengkap dan mengukuhkan struktur komunikasi kerajaan. Beliau berkata, […]
Kumpulan bekas penjawat awam kanan (G25) menyokong usaha kerajaan melaksanakan reformasi progresif menerusi pembentangan untuk bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 serta meluluskan RUU Majlis Media Malaysia 2024 di Dewan Rakyat baru-baru ini. Kumpulan pelobi itu menyifatkan penubuhan Majlis Media Malaysia sebagai langkah penting ke arah mengawal […]
Sedih bajet kena potong… Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan. “Dengan rasa sedih saya menulis untuk memaklumkan kepada anda yang saya akan berhenti menghadiri Kabinet anda dan menyerahkan kepada anda peletakan jawatan saya sebagai Menteri Negara bagi Pembangunan Antarabangsa dan untuk Wanita […]
Mereka yang ada simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tentu boleh tersenyum lebar. Apa tidaknya… mereka terima dividen sebanyak 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Shariah untuk tahun 2024. Tahukah anda…kadar itu adalah tertinggi sejak tahun 2017. Sebelum ini dividen paling tinggi pernah diagihkan KWSP adalah 8.5 peratus iaitu dari 1983 hingga 1987. Sebagai […]
Arena media negara ini telah dikejutkan dengan penahanan wartawan portal berita Malaysiakini.com, B Nantha Kumar atas dakwaan meminta rasuah RM100,000 dari ejen yang berurusan dengan pekerja asing. Dia yang akhirnya bersetuju jumlah wang dikurangkan kepada RM20,000 ditahan dalam ‘perangkap SPRM’ sebuah hotel di Shah Alam kira-kira jam 11.30 malam semalam. Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki […]










