Category Archives: TAHUKAH ANDA

Zafrul jadi saksi pendakwa kes Muhyiddin salah guna kuasa

Pendakwaan kini menyiapkan pernyataan saksi bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi kes Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyalahgunakan kedudukan melibatkan suapan berjumlah RM232.5 juta dan menerima wang RM200 juta hasil aktiviti haram. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin bahawa pihaknya telah […]

‘Duit Raya’ RM500 kepada penjawat awam dibayar pada 13 Mac

Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan mula dibayar pada 13 Mac depan. Jabatan Perkhidmatan Awam memaklumkan bantuan itu disalurkan bagi membantu meringankan beban penjawat awam untuk membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Katanya, BKK turut disalurkan kepada pesara kerajaan, veteran berpencen dan […]

Sarawak fail petisyen cabar akta petroleum persekutuan

Kerajaan Sarawak memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar kesahihan tiga akta persekutuan berkaitan petroleum, sambil membantah permohonan Petronas mendapatkan kejelasan kehakiman berhubung operasi syarikat itu di negeri berkenaan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata petisyen itu bertujuan menentukan keberterusan pemakaian Akta Kemajuan Petroleum 1974, Akta Pelantar Benua […]

Isu ART: Zafrul selar Rafizi… tak habis-habis nak spin

Bertemu buku dengan ruas… ‘panglima’ baru PKR Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz melancarkan serangan terhadap bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli supaya tidak terus memutar belit fakta berkenaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia–Amerika Syarikat. Menurut beliau, dakwaan Rafizi kononnya negara kini perlu membayar tarif dua kali ganda susulan keputusan Mahkamah […]

Gempa Bumi Sabah: Penduduk rasa gegaran selama 10 saat

Penduduk di sekitar Pantai Barat Sabah dikejutkan dengan gegaran kuat selama kira-kira 10 saat susulan gempa bumi bermagnitud 6.8 yang berlaku di perairan Kota Kinabalu, awal pagi tadi. Gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 dilaporkan berlaku di perairan Kota Kinabalu, Sabah pada jam 12.57 awal pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), dalam kenyataan memaklumkan gempa berkenaan […]

KSU antara dipanggil SPRM berkaitan kes perjanjian RM1.1 bilion

SPRM dijangka memanggil beberapa saksi termasuk Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing, yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion. Menurut sumber, tindakan itu diambil selepas SPRM membuka kertas siasatan berhubung perkara terbabit. “Kes ini berkaitan dengan isu ketirisan dana kerajaan membabitkan peruntukan […]

Tun Abdul Hamid tokoh kehakiman negara – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad sebagai kehilangan besar kepada negara. Menurut Anwar, Allahyarham merupakan tokoh kehakiman yang telah menabur khidmat amat besar kepada negara, khususnya dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang serta memelihara kewibawaan dan integriti institusi. “Saya menzahirkan ucapan takziah khusus kepada anakanda Allahyarham, Murni […]

Tentera Indonesia sertai pasukan pengaman tajaan Amerika Syarikat di Gaza

Indonesia dilaporkan akan mengambil peranan sebagai timbalan komander dalam Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) tajaan Amerika Syarikat di Gaza yang baru ditubuhkan. Ketua unit Amerika Syarikat (AS), Mejar Jeneral Jasper Jeffers berkata, Maghribi juga akan menyumbang tentera kepada pasukan berkenaan. Jeffers berkata, beliau menawarkan dan Indonesia sudah menerima jawatan sebagai timbalan komander bagi ISF. Pengumuman itu […]

85 peratus kes tibi libatkan rakyat tempatan

Sebanyak 85 peratus daripada kes tuberkulosis (tibi) yang dilaporkan di negara ini melibatkan rakyat tempatan manakala hanya 15 peratus membabitkan warga asing, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Justeru, beliau berkata persepsi yang mengaitkan penularan tibi dengan kemasukan warga asing adalah tidak tepat berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang menunjukkan jumlah kes dalam […]

Sijil halal Malaysia paling dipercayai dunia

Industri halal negara terus mengukuhkan kedudukannya di persada antarabangsa apabila sijil halal Malaysia kini diiktiraf sebagai penanda aras utama, termasuk oleh negara bukan Islam. Pensyarah Kanan Pusat Pengurusan Pengajian Industri Halal, Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed berkata kejayaan itu didorong sistem pensijilan yang sistematik serta prosedur operasi […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.