Kongres Nasional PKR 2024 asalnya dijadual berlangsung pada 15 Disember ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di Johor Bharu. Namun susulan bencana banjir yang melanda lapan negeri ketika ini konvensyen itu ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian. Ia diputuskan oleh mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada Sabtu. Ketua […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
CUTI semua Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memaklumkan perkara itu berkata semua menteri dan timbalan menteri turut diarahkan untuk turun padang ke kawasan bencana. “Semua menteri diminta teruskan tugas sekarang, turun (ke lapangan). Ya (cuti dibekukan),” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat […]
Baru dua minggu bekas Menteri Kewangan dan tokoh koprat Tun Daim Zainuddin meninggal dunia….negara kehilangan seorang lagi billionare yang sentiasa tersenarai sebagai salah seorang terkaya di Malaysia. Beliau ialah Tan Sri T Ananda Krishnan. Tokoh koprat yang antara lain dikenali sebagai tauke syarikat Maxis meninggal dunia pada usia 86 tahun Khamis. Perkara itu dimaklumkan syarikat […]
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menafikan adanya apa yang didakwa sebagai pertemuan sulit antara beliau dengan Pengerusi BN Datuk Seri Zahid Hamidi. “Jumpa di mana? jumpa tiap-tiap hari, selisih setiap hari,” katanya. Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Rabu menjawab pertanyaan mengenai khabar angin mengatakan beliau salah seorang […]
Lima pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam kes buli ditamatkan pengajian dan perlu membayar ganti rugi kepada kerajaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan itu diputuskan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 pada Isnin. “ALK telah mengesyorkan tindakan terhadap lima pelaku tersebut kepada […]
Majlis Tertinggi UMNO menarik balik penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media selepas mesyuarat MT di Kuala Lumpur malam ini, memaklumkan keputusan sebulat suara itu dibuat selaras dengan Fasal […]
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand yang dikenal pasti oleh Kementerian Pendidikan (KPM) merentas Sungai Golok melalui pangkalan haram setiap hari untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata perbincangan sedang dilakukan bersama waris untuk menempatkan pelajar di asrama bersesuaian sebagai langkah menjamin keselamatan dan memastikan pendidikan berterusan […]
Kerusi parlimen Putrajaya dan Labuan mempunyai ikatan yang istimewa dengan BN. Putrajaya khususnya ialah pusat pentabiran negara manakala Labuan pula bekas wilayah Sabah yang kini ditabir oleh kerajaan pusat. Atas sebab itu kekalahan dua kerusi penting ini pada pilihanraya umum ke 15 yang lalu terus menjadi igauan bagi pimpinan BN. Wilayah Persekutuan semuanya mempunyai 13 […]
Baru saja dunia seni negara meratapi pemergian komposer terkenal S Atan pada 16 November…pada hari ini soerang lagi pemuzik lagenda Tan Sri Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun. Allahyarham yang berasal dari Pulau Pinang meninggal dunia pada pukul 3.15 petang akibat sesak nafas di kediamannya di Gombak, Selangor. Anaknya, Nasir Nawab memberitahu kesihatan […]
Usia pentadbiran Kerajaan MADANI yang baru memasuki tahun kedua ini masih baharu untuk dinilai pencapaiannya secara keseluruhan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis pentadbirannya akan mencapai gred lebih baik pada masa akan datang selepas diberikan gred D oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). “Tentang laporan Bersih, tak apalah Bersih bagi D, bukan […]










