Category Archives: TAHUKAH ANDA

Vape kekal tidak diharamkan, kerajaan kawal selia

Kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia terhadap vape menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan mulai 1 Oktober lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata Kerajaan Persekutuan kekal dengan pendirian tidak mengharamkan penjualan vape pada peringkat nasional, namun menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menentukan […]

KPM siasat pelajar Thailand rentas Sungai Golok bersekolah di Malaysia

Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan siasatan lanjut berhubung laporan pelajar dari Thailand yang merentasi Sungai Golok setiap hari untuk bersekolah di Malaysia, kata Menterinya Fadhlina Sidek. Beliau berpendapat sekiranya mereka merupakan warga Malaysia, perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai akses dan kemudahan pendidikan buat rakyat. “”Kalau anak-anak ini adalah warga Malaysia, […]

Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta. Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak […]

Dr Ibrahim Saad meninggal dunia…

Tan Sri Dr Ibrahim Saad sudah agak lama menyepi dalam arus perdana politik tanah air. Pada lewat petang Jumaat tersebar khabar bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada usia 78 tahun. Ia kemudian disahkan oleh anaknya. Bekas pensyarah universiti itu mula bergiat aktif dalam politik sebagai […]

Ajaran, fahaman GISBH sesat, menyeleweng : MKI

Ajaran, fahaman dan pegangan ahli GISBH Holdings (GISBH) ditetapkan sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran agama Islam. Ketetapan itu dibuat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) ketika bersidang pada 24 hingga 26 September lalu. Pengerusinya, Datuk Nooh Gadut, berkata ajaran dibawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Datuk Nasiruddin […]

Kematian Tun Daim: Anwar ucap takziah…Dr Mahathir kata beliau kehilangan sahabat

Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin, yang meninggal dunia pagi Rabu. Beliau yang kini berada di Lima,Peru untuk hadiri sidang APEC di situ membuat ucapan berkenaan menerusi satu hantaran ringkas di media sosial. Anwar berkata Daim merupakan tokoh yang telah menyumbang kepada negara, terutama ketika menjadi Menteri Kewangan. […]

Mohd Dusuki Mokhtar Peguam Negara baharu

Penyandang jawatan Peguam Negara menyaksikan pertukaran ekoran perlantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Jawatan berkenaan akan disandang oleh Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Mohd Dusuki Mokhtar berkuat kuasa esok. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan, pelantikan Mohd Dusuki telah diperkenankan Yang […]

Al-Fatihah…Rosnah Majid sudah tiada

Takdir jalan hidupnya sudah begini.Siapa sangka dia pergi untuk selamanya semasa datang ziarah adiknya yang baru keluar hospital kerana rawatan sakit jantung. Bekas wartawan Utusan terkenal dan ahli politik Datuk Rosnah Majid meninggal dunia pagi Ahad 10 November pada usia 71 tahun. Allahyarham meninggal dunia setelah terjatuh di bilik air di rumah adiknya itu di […]

Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar RM1.35 juta kepada Lim Guan Eng

Mahkamah Tinggi memerintahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membayar RM1.35 juta sebagai ganti rugi kepada Lim Guan Eng kerana menfitnah Pengerusi DAP itu berhubung pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary. Ia selepas Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain hari ini membenarkan saman Guan Eng terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya. Pada 27 […]

Siasatan SPRM isu FashionValet dapati ada transaksi meragukan

Terdapat perkembangan yang agak menarik perhatian ramai pada Khamis hasil siasatan SPRM keatas kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet. Ini bilamana Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata transaksi mencurigakan itu dikesan sejak 2018 hingga tahun lalu berdasarkan siasatan yang dijalankan setakat […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.