Category Archives: SUARA PEMBACA

PN solidariti dengan Rafizi, kecam serangan terhadap kanak-kanak

Perikatan Nasional (PN) mengecam sekeras-kerasnya insiden serangan terhadap anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang dilaporkan berlaku di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada Rabu. Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan itu merupakan jenayah yang tidak boleh diterima sama sekali dalam sebuah negara bertamadun apatah lagi apabila ia melibatkan kanak-kanak […]

Kerajaan perkukuh kempen internet selamat, kawal harga borong 5G

Kerajaan terus memperkukuh usaha memastikan rakyat menikmati capaian internet berkelajuan tinggi yang selamat serta mampu milik. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata Kempen Internet Selamat yang dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi tumpuan meningkatkan kesedaran masyarakat, termasuk pelajar sekolah, mengenai ancaman dalam talian seperti penipuan, spam dan buli siber yang semakin berleluasa. “Bila […]

Tiada kompromi… Pembuli boleh dibuang universiti mulai 2024

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk buli atau kekerasan yang berlaku di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terutama di bawah seliaan KPT. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya juga tidak akan melindungi pelaku serta akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan secara telus dan […]

Kajian pengambilan jururawat Indonesia mesti lindungi kepentingan awam – KKM

Sebarang hasil kajian mengenai pengambilan jururawat dari Indonesia mesti mengambil kira kepentingan rakyat, kebajikan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan keberkesanan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahma. Menurutnya kementerian akan memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam melaksanakan kajian itu yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidamatan […]

Jangan ganggu sekolah!… KPM rayu hentikan perhimpunan di SMKA Tun Datu Mustapha

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merayu orang ramai supaya tidak mengadakan perhimpunan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan di Kinarut, atau memboikot sekolah tersebut. Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad berkata, semua pihak mahukan keadilan untuk Zara Qairina Mahathir, namun beliau merayu agar keadilan turut diberikan kepada pelajar dan guru […]

Kes Zara Qairina…SKMM siasat individu sebar maklumat palsu di media sosial

Seorang individu yang sebar kandongan palsu berkaitan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir di media sosial dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Kandungan terbabit dipercayai […]

Cuepacs bantah cadangan ambil jururawat Indonesia

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah cadangan untuk mengambil jururawat dari Indonesia bagi berkhidmat di hospital kerajaan. Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata cadangan itu tidak wajar kerana ramai graduan jururawat tempatan, termasuk lulusan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) masih menunggu pelantikan tetap atau kontrak, dengan ada yang menunggu sehingga lapan bulan. Beliau […]

ASEAN sambut 58 tahun perpaduan, terima pujian daripada rakan global

KUALA LUMPUR : Pemimpin dunia dan wakil diplomatik pada Khamis menggunakan platform media sosial untuk menyampaikan ucapan sempena ulang tahun ke-58 penubuhan ASEAN, sekali gus mengiktiraf peranan berterusan blok itu dalam memupuk keamanan, kemakmuran dan kerjasama serantau. Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon, menyifatkan ASEAN sebagai “rakan utama” dan meraikan hubungan yang semakin erat antara […]

MCMC makin ligat lindungi pengguna

Dewan Rakyat telah diberitahu sejak 1 Januari 2024 sehingga 1 Ogos lalu sebanyak 112,734 kandungan dan tujuh laman sesawang berunsur penipuan telah diturunkan penyedia perkhidmatan media sosial atas permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Hal ini diberitahu Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam jawapan bertulis menjawab soalan Datuk Siti Aminah Aching (BN-Beaufort) yang bertanyakan […]

Isu Petronas-Petros di Sarawak… Abang Johari enggan ulas komen Rafizi

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg enggan mengulas lanjut kenyataan bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung rundingan pemilikan dan pengagihan hasil gas antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS). Abang Johari berkata, itu adalah pandangan Rafizi dan beliau tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara berkenaan. “Itu pandangan beliau […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.