Category Archives: SUARA PEMBACA

Projek Kota MADANI bukan bersifat kosmetik atau bermotif politik – Dr Zaliha

Projek pembangunan Kota MADANI bukan bersifat kosmetik atau bermotifkan politik, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa. Sebaliknya, beliau berkata, ia adalah inisiatif strategik bagi menjamin kesejahteraan penjawat awam yang merupakan tulang belakang pentadbiran negara. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) berhubung Pengurusan Pembangunan Putrajaya pada 2021, katanya, Putrajaya […]

Ahmad Shabery dilantik semula Pengerusi FELDA

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) hari ini mengumumkan pelantikan semula Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi FELDA. Dalam satu kenyataan, FELDA memaklumkan pihak pengurusan dan seluruh warga Kumpulan FELDA menyambut baik pelantikan tersebut. Pengalaman luas, wawasan serta komitmen tinggi Datuk Seri Ahmad Shabery diyakini mampu membawa FELDA terus maju ke hadapan, seiring aspirasi pembangunan […]

SKMM siasat kes muat naik kandungan palsu mengenai isu lantikan Ketua Hakim

Gara gara memuatnaik satu hantaran palsu berkaitan isu pelantikan Ketua Hakim Negara seorang individu berdepan siasatan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Satu kenyataan SKMM memberitahu individu berkenaan disyaki memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melampau melalui akaun Instagram miliknya. Bagi membantu siasatan sesi rakaman percakapan telah dijalankan pada 2.30 petang Jumaat […]

Majlis Media Malaysia bebas, urus isu industri tanpa campur tangan kerajaan – Fahmi

Pembentukan Majlis Media Malaysia (MMM) membolehkan isu berkaitan industri media diurus secara lebih terangkum, mampan dan bebas tanpa campur tangan pihak kerajaan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Fahmi berkata, MMM akan beroperasi secara bebas daripada kawalan Kementerian Komunikasi dan diberi ruang sepenuhnya untuk melaksanakan tanggungjawab mengikut fungsi yang telah digariskan. “Saya harap dengan terbentuknya […]

Kerajaan pertimbang wajibkan label ‘AI generated’ di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pelabelan kandungan yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) sebagai “AI generated” di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2024, yang dijangka berkuat kuasa pada hujung tahun ini. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu penting bagi menangani penyalahgunaan AI, khususnya dalam media sosial, yang boleh digunakan untuk tujuan penipuan, penyebaran […]

Penurunan OPR ringankan beban peminjam, galak pertumbuhan ekonomi – Pakar

Penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas dijangka memberi kelegaan kepada individu dan syarikat yang mempunyai pembiayaan dengan kadar berubah, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi domestik. Ketua Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, langkah tersebut akan menyebabkan kadar pembiayaan sedia ada disemak semula kepada paras yang lebih rendah, seterusnya mengurangkan […]

DUN Sabah akan dibubar sebelum November ini

Tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah masih menjadi teka-teki, namun Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak menafikan sidang DUN yang berakhir semalam mungkin adalah yang terakhir. Beliau secara berseloroh mengatakan perlu ‘bermimpi’ dahulu untuk menentukan bila tarikh paling sesuai bagi pembubaran DUN. Datuk Hajiji bagaimanapun menegaskan DUN tidak akan terbubar secara automatik […]

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US$120.6 bilion

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$120.6 bilion (US$1=RM4.20) setakat 30 Jun, 2025 daripada US$119.9 bilion yang dicatatkan pada 13 Jun, 2025. Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. Komponen utama […]

Senarai jalan utama di Lembah Klang yang akan dilencongkan sempena mesyuarat Asean dari 8 – 11 Julai

Tiga lebuh raya dan 15 jalan utama sekitar Lembah Klang akan terlibat dalam lencongan berperingkat sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean (AMM) ke-58 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula 8 hingga 12 Julai ini. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Yusri Hassan Basri berkata laluan terlibat terdiri […]

Siasatan letupan gas dilakukan dengan bebas dan telus – MB Selangor

Siasatan berhubung kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas dilakukan dengan penuh bebas serta telus tanpa campur tangan Kerajaan Negeri Selangor, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata Kerajaan Negeri Selangor tidak terlibat secara langsung, sebaliknya hanya bertindak sebagai satu daripada 212 saksi dalam siasatan insiden berkenaan. Amirudin […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.