Category Archives: KEMBARA

Diskaun hingga 40 peratus pakej Sarawak di MATTA Fair KL

Pelancong yang merancang percutian berpeluang menikmati penjimatan sehingga 40 peratus bagi pakej pelancongan ke Sarawak sempena MATTA Fair Kuala Lumpur di Pavilion Sarawak, Gerai 1R01 pada 3 hingga 5 April depan. Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) memaklumkan, tawaran tersebut merupakan sebahagian daripada kempen Sia Sitok Sarawak dengan kerjasama Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF), bagi menggalakkan tempahan terus […]

Perang Asia Barat: Kerajaan ubah strategi tarik pelancong ke Malaysia

Perubahan baharu strategi kempen pelancongan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) akan dirangka bagi memaksimumkan kemasukan pelancong antarabangsa. Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Chua Choon Hwa berkata penilaian semula strategi akan dilaksanakan susulan kelewatan penerbangan yang terjejas akibat ketegangan serantau. “Transit di Asia Barat sekarang agak tergendala, jadi […]

Kartel umrah… kerajaan siasat 87 syarikat berpakat tetap harga

87 syarikat pengendali umrah sedang disiasat berhubung dakwaan kewujudan kartel umrah. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, siasatan itu dijalankan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana terdapat beberapa syarikat yang membuat perjanjian penetapan harga bagi penyediaan perkhidmatan perjalanan umrah di Malaysia. Menurutnya, amalan kartel berlaku apabila beberapa […]

Program Iftar, Malam 7 Likur: Dataran Merdeka dibanjiri warga kota, pelancong

Lebih 120,000 pengunjung memeriahkan program kemuncak Iftar Ramadan dan Malam Tujuh Likur 2026 di Dataran Merdeka yang berlangsung dua hari dan berakhir hari ini. Menariknya tahun ini, sambutan program lebih istimewa dengan kerjasama Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Media Prima Berhad (Media Prima) selaku rakan strategik yang turut menyumbang kepada penganjuran majlis berbuka puasa […]

Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya kembali beroperasi

Perkhidmatan tren MRT Laluan Putrajaya kembali beroperasi seperti biasa pagi tadi selepas kerja-kerja baik pulih bekalan kuasa selesai sepenuhnya. Rapid Rail Sdn Bhd menerusi kenyataan memaklumkan, gangguan perkhidmatan yang berlaku pada 3 Mac lalu itu berpunca daripada kejadian kecurian kabel bekalan kuasa berhampiran Stesen Damansara Damai. “Sehubungan itu, perkhidmatan tren alternatif serta bas perantara ulang-alik […]

Rakyat Malaysia diminta tangguh perjalanan tidak penting ke tujuh negara

Wisma Putra mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat Malaysia di Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu supaya mengelakkan perjalanan tidak penting ke negara-negara tersebut sehingga situasi kembali stabil. Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan nasihat tersebut kekal berkuatkuasa dan akan dikemas kini sekiranya keadaan memerlukan langkah tambahan. “Rakyat Malaysia yang berada di […]

Imigresen nafi poster passport dan MYKad baru yang tular di media sosial

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan poster bertajuk “New: Malaysia Passport & MyKad 2026” yang tular di media sosial adalah palsu. Dalam kenyataan rasmi hari ini, JIM menegaskan poster itu tidak pernah dikeluarkan oleh jabatan dan segala maklumat di dalamnya adalah tidak sahih. Menurut JIM, poster berkenaan turut menggunakan nama dan pautan laman web rasmi JIM […]

Kempen diperhebatkan… Malaysia jadi tumpuan destinasi bercuti pelancong India

Usaha promosi Tourism Malaysia semakin giat di India sempena kempen global Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) yang kini berlangsung dengan sasaran ketibaan pelancong dari negara itu sehingga 33 peratus. India muncul sebagai pasaran penting berikutan dasar bebas visa Malaysia untuk pelancong dari negara Asia Selatan itu dan trend pertumbuhan dijangka berterusan, kata pegawai Tourism Malaysia […]

Pembangunan pusat data jejas bekalan air, tenaga dihadkan

Kerajaan akan menghadkan kemasukan pusat data baharu yang tidak berkaitan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI), susulan peningkatan mendadak penggunaan tenaga dan air dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah mengambil langkah menghadkan kelulusan pusat data sejak dua tahun lalu bagi mengelakkan tekanan terhadap bekalan utiliti negara. Jelas […]

Lebih 8,000 pelancong masuk Malaysia melalui KLIA pada hari pertama Tahun Baharu Cina

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merekodkan lebih 8,000 ketibaan pelancong dalam tempoh dua jam pada hari pertama Tahun Baharu Cina, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing. Beliau berkata KLIA merekodkan kira-kira 6,500 ketibaan di Terminal 1 dan 1,500 di Terminal 2. “Jumlah keseluruhan bagi dua hari pertama masih belum […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.