Category Archives: KEMBARA

Jonker Walk jadi tumpuan pelancong sempena Tahun Baharu Cina

Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 terus dirasai di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti menarik sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM). Di Melaka, mood sambutan jelas kelihatan di Jonker Street yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. Menariknya, tempat ini menjadi lokasi tepat untuk mempromosikan Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan budaya kerana elemen […]

Sistem planet ‘terbalik’ ditemui

Ahli astronomi terkejut apabila mereka menemui sebuah bintang dengan planet dalam susunan pelik yang menentang jangkaan saintifik iaitu menunjukkan dunia ini terbentuk dengan cara yang belum pernah dilihat sebelum ini. Dalam Sistem Suria kita, empat planet terdekat dengan Matahari bersifat kecil dan berbatu, manakala empat planet yang lebih jauh ialah gergasi gas. Para saintis sebelum […]

Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara

Bandar-bandar yang berkembang pesat dan meluas di Asia Tenggara kini menjadi pusat kuasa, simbol kemakmuran dan sumber harapan bagi jutaan orang yang mencari kehidupan lebih baik. Namun, di sebalik kisah kejayaan ini terdapat risiko yang semakin meningkat yang mengancam asas bandar-bandar tersebut. Populasi berlebihan menyebabkan beberapa bandar bersejarah termasuk Bangkok, Ho Chi Minh City, Jakarta, […]

Malaysia-India perluas kerjasama pelancongan

Sektor pelancongan dan kesalinghubungan dikenal pasti antara bidang utama yang perlu diteroka oleh Malaysia dan India susulan peningkatan ketara perjalanan antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau berkata kerjasama dalam sektor pelancongan wajar dipertingkatkan pada masa hadapan, termasuk melalui penambahan kesalinghubungan udara bagi menyokong pertumbuhan pelancongan dua hala. “Pelancongan dan kesalinghubungan sememangnya merupakan […]

TMM 2026 pemangkin pertumbuhan ekonomi

Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) bukan sekadar kempen pelancongan sebaliknya menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi dan peningkatan keyakinan pelaburan asing ke negara ini. Menurut Presiden Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) Dr. Wan Muhammad Adam Wan Norudin, sektor pelancongan mempunyai kaitan langsung dengan prestasi ekonomi dan aliran pelaburan asing. “Pelancongan sering menjadi pintu […]

Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor

Lebih 3,000 pengunjung di Pantai Teluk Nipah dekat Pulau Pangkor teruja apabila berpeluang berjalan kaki sejauh 400 meter di atas beting pasir yang menghubungkan ke Pulau Giam susulan fenomena laut terbelah akibat air surut. Pengarah Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Anas Malek Ishak berkata pengunjung dapat menikmati fenomena itu kira-kira satu […]

Sambutan luar biasa Larian Visit Malaysia 2026

Sambutan luar biasa terhadap Larian Visit Malaysia 2026 membuktikan keberkesanan acara sukan untuk mempromosi pelancongan negara sempena kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, program larian santai yang dianjurkan sempena TMM dan Hari Wilayah Persekutuan itu mencatatkan penyertaan melebihi 5,000 peserta. “Sekretariat menjangkakan penyertaan seramai 3,000 […]

Nasi Kandar diisytiharkan sebagai Warisan Pulau Pinang

Buat julung kalinya, 16 item warisan kebudayaan tidak ketara Pulau Pinang diwartakan sebagai Warisan Negeri bawah Enakmen Warisan Negeri 2011. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, langkah itu bertujuan memelihara nilai sejarah serta memperkukuh identiti budaya negeri berkenaan agar terus diwarisi generasi akan datang. Jelas beliau, antara yang tersenarai merupakan hidangan ikonik dan […]

Subsidi kerajaan kekang lonjakan harga tiket penerbangan musim perayaan

Inisiatif subsidi kerajaan bagi menstabilkan harga tiket penerbangan sempena musim perayaan sejak dua tahun lepas terbukti berkesan apabila lonjakan harga melampau, khususnya bagi penerbangan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, berjaya dikawal. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata campur tangan kerajaan melalui penetapan harga maksimum tambang penerbangan telah membantu rakyat, khususnya anak perantauan untuk pulang ke […]

42.2 juta pelawat direkodkan pada 2025

Malaysia merekodkan 42.2 juta pelawat pada 2025 menyaksikan peningkatan 11.2 peratus berbanding 38 juta orang bagi tahun 2024 sekali gus meletakkan asas kukuh bagi kejayaan pelaksanaan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata prestasi positif itu mencerminkan momentum berterusan industri pelancongan negara sebagai pemacu utama pertumbuhan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.