Rakyat Malaysia kini menghabiskan purata lapan jam sehari melayari internet, menjadikan negara ini antara pengguna paling aktif di rantau ASEAN, menurut Laporan Ipsos Digital 2025. Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa berkata, di sebalik kebebasan digital yang dinikmati, timbul keperluan untuk memupuk tanggungjawab dalam penggunaan ruang siber. “Tahun lalu sahaja, kementerian […]
Category Archives: YANG VIRAL
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan menyerlahkan kekuatan serta kehalusan seni diplomasi Malaysia dalam mengemudi dinamika geopolitik antarabangsa, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata keupayaan Malaysia sebagai pemain diplomasi yang disegani terbukti apabila Kuala Lumpur menjadi saksi kepada beberapa detik bersejarah di rantau ini, termasuk kemasukan rasmi Timor-Leste sebagai anggota ke-11 […]
Dua peristiwa bersejarah berjaya dilakar Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, iaitu penyertaan rasmi Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11 ASEAN dan pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur melibatkan Kemboja dan Thailand Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata penyertaan Timor-Leste melengkapkan keluarga Asia Tenggara yang bersatu dan berdaulat. Beliau menjelaskan enyertaan rasmi Timor-Leste bukan sekadar […]
Majlis sambutan ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9.45 pagi Ahad mencuri perhatian ramai. Beliau yang tiba dengan pesawat Air Force One untuk hadir sidang kemucak ASEAN disambut sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Presiden Amerika itu nampak cukup ceria sepanjang majlis sambutan yang […]
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dilihat sebagai simbol peranan aktif serta kepimpinan Malaysia dalam membentuk masa depan ASEAN yang lebih inklusif, berdaya tahan dan berpaksikan rakyat. Ia turut menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat tumpuan diplomasi antarabangsa apabila menghimpunkan pimpinan ASEAN bersama rakan dialog utama, tetamu pengerusi serta organisasi antarabangsa lain. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, […]
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan desakan supaya beliau melepaskan jawatan sebenarnya merupakan satu panggilan untuk beliau melakukan yang lebih baik demi masa depan murid serta keseluruhan ekosistem pendidikan negara. Beliau berkata gesaan sedemikian susulan beberapa insiden besar yang berlaku di sekolah sejak kebelakangan ini, menjadi mesej jelas bahawa kementeriannya perlu memperkukuh dasar serta menangani isu […]
Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 Oktober ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Putin akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexander Novak. “Presiden Putin mengesahkan beliau tidak akan hadir, namun sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk datang pada tahun […]
Lagi pendedahan panas Ahli Parlimen Machang yang mendakwa ada pihak tertentu yang kurang senang dengan keberadaan Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam BERSATU sehingga wujud cubaan untuk mengetepikan timbalan presiden mereka itu. Bercakap dalam program audio siar The Zaid Ibrahim Podcast,, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa pihak yang terbabit bersependapat bahawa Hamzah sedang membayangi […]
Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dari sebuah sekolah menengah di Bandar Utama didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini, atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan. Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amira Sariaty Zainal, namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Pertuduhan itu difailkan mengikut Seksyen 302 Kanun […]
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkunjung ke kediaman Menteri Digital, Gobind Singh Deo untuk meraikan sempena Deepavali. Perdana Menteri turut diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kunjungan itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pengangkutan, Anthony […]










