Category Archives: YANG VIRAL

Pelancaran Borneo.TV angkat naratif Sabah ke peringkat global

Sabah mengorak langkah dalam dunia penyiaran digital dengan pelancaran Borneo.TV, platform penstriman baharu yang mengetengahkan wajah, suara dan budaya negeri, oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini. Hajiji berkata platform dengan slogan ‘Cerita Sabah di Mata Dunia’ itu bakal menjadi saluran utama menyampaikan kandungan sahih, dokumentari asli, seni budaya dan keindahan alam semula […]

Tarif elektrik baharu tidak bebankan 23.6 juta pengguna TNB di Semenanjung Malaysia

Sebanyak 23.6 juta akaun pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Semenanjung Malaysia tidak akan terkesan dengan tarif elektrik baharu yang bermula pada 1 Julai 2025. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata tarif asas baharu ini malah akan menyaksikan penurunan purata kos elektrik sehingga 19 peratus berbanding tempoh sebelumnya, yang sekaligus disambut baik oleh pengguna. “Semua […]

Itali sebagai pintu masuk ke EU: Peluang baharu dalam hubungan Malaysia-Eropah

Lawatan pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali bukan sahaja menandakan langkah diplomatik penting dalam memperkukuh hubungan bilateral, malah membuka ruang strategik untuk Malaysia meneroka peluang lebih luas dalam kalangan Kesatuan Eropah (EU). Atas jemputan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni, lawatan tiga hari dari 1 hingga 3 Julai ini memberi fokus utama kepada […]

Lebih 1,200 terlibat dengan dadah setiap hari… Terengganu, Kedah, Kelantan paling tinggi

“Purata lebih 1,200 individu setiap hari, atau 50 orang setiap jam, terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang di Malaysia sepanjang suku pertama tahun ini. Angka yang cukup membimbangkan ini menyaksikan negeri-negeri di utara dan pantai timur mencatatkan bilangan pengguna tertinggi. Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata seramai 108,409 individu direkodkan […]

Ambalat: Penyelesaian konflik secara damai dan saling menguntungkan

Malaysia dan Indonesia berkomitmen untuk menyelesaikan isu sempadan maritim di kawasan Ambalat secara damai dan saling menguntungkan kedua-dua pihak. Pendekatan yang dicadangkan termasuk penggunaan kaedah Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) bagi membolehkan kedua-dua negara berkongsi manfaat daripada sumber semula jadi di kawasan berkenaan. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata penyelesaian sebegini dapat mengelakkan mana-mana pihak […]

Epal dan oren dikecualikan daripada perluasan SST – Anwar

Buah epal dan oren import dikecualikan daripada perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan bermula 1 Julai depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet semalam. “Masih ada orang mengeluh, katanya orang kampung, orang miskin hendak juga makan epal. “Orang dulu kata ‘An apple a […]

JAKIM, YADIM, dan MAIWP aktif perkukuh kerjasama Islam di ASEAN

Beberapa agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh kerjasama Islam serantau di Asia Tenggara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata komitmen […]

Anwar berbual menerusi telefon dengan Presiden Iran,Emir Qatar dan Sultan Brunei…

Hari yang sibuk…Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa telah berbual menerusi telefon dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian,Emir Qatar,Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah. Menerusi laman facebooknya Perdana Menteri beritahu dalam perbualan dengan Masoud beliau dimaklum mengenai perkembangan terkini konflik antara Iran dan rejim Zionis Israel. Anwar menzahirkan penghargaan […]

Rakyat mahu tindakan, bukan alasan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa rakyat menginginkan tindakan tegas, bukan sekadar alasan, dalam menangani isu kelewatan pelaksanaan projek dan kerenah birokrasi yang berlarutan sejak era 1980-an. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara Bil. 1/2025 hari ini, yang membincangkan penambahbaikan pelaksanaan projek, cadangan pembangunan negeri, serta pelaksanaan model sekolah […]

Dunia akui peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN – Abang Jo

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan Kabinet atas kejayaan mengangkat nama Malaysia dalam mempengerusikan ASEAN tahun ini. Beliau berkata kepemimpinan Malaysia di peringkat serantau telah mendapat pengiktirafan daripada negara ASEAN serta rakan luar ASEAN yang menghargai pendekatan Malaysia sebagai negara berbilang […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.