Saja cari penyakit… itulah kesimpulannya selepas siasatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk ‘ham and cheese sandwich’ yang viral di media sosial baru-baru ini tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Bukan sahaja tiada sijil halal, JAKIM dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil pemeriksaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada […]
Category Archives: YANG VIRAL
Berita baik diterima peminat bola sepak tanah air pada Ahad selepas kerajaan mengumumkan penambahan suntikan dana berjumlah RM15 juta dari pihak swasta bagi menggalakkan lagi perkembangan sukan itu. Pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyaksikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menerima peruntukan sebanyak RM30 juta secara keseluruhan selepas peruntukkan turut diumumkan […]
Kementerian Komunikasi akan mengusahakan agar produk kraf penduduk Kampung Orang Asli Kelinsing, Sepang dijadikan cenderahati untuk perwakilan ASEAN yang menghadiri mesyuarat di pelbagai peringkat sepanjang tahun ini. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau bukan hanya mahu melihat produk kraf masyarakat Orang Asli diketengahkan kepada tetamu antarabangsa termasuk pelancong malah berharap juadah istimewa komuniti itu turut […]
Transformasi kampung tradisional kepada Kampung Digital Melaka (KDM) yang bakal dilaksanakan di 623 kampung di seluruh Melaka dalam tempoh terdekat ini, nyata memberi impak positif kepada penduduk terutama dalam urusan penerimaan surat atau bil utiliti bagi penduduk kampung. Inisiatif Kampung Digital Melaka merupakan projek mendigitalkan kampung yang pertama di Malaysia dengan penggunaan kod QR, bertujuan […]
Sudah ramai yang perkatakan mengenai ketiadaan undang-undang untuk meminta pertanggungjawapan syarikat telekomunikasi apabila terjadi penipuan dalam talian atau scam. Ini kerana selain pihak bank, syarikat telekomunikasi atau telco juga terlibat secara tidak langsung bagi mengawal media sosial dalam menangani scam. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pindaan itu antara lain memasukkan syarikat telekomunikasi […]
Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook. Beliau berkata pihak kementerian tidak bertanggungjawab mengawal kadar tambang bas sekolah kerana isu ini tidak berada di bawah bidang kuasa mereka. “Tambang bas itu bukan di bawah kita, […]
Bencana alam seperti taufan dan banjir dijangka menyebabkan kerugian global berjumlah US$320 bilion pada 2024, menurut laporan yang dikeluarkan oleh gergasi reinsurans (insurans semula) Jerman, Munich Re pada Khamis. Kerugian tersebut jauh melebihi purata dalam beberapa dekad kebelakangan ini, menjadikannya antara tahun paling mahal bagi bencana alam sejak 1980, walaupun setelah diselaraskan dengan inflasi, menurut […]
Syarikat gergasi media sosial Meta menggugurkan dasar penyederhanaan kandungannya, termasuk menamatkan program semakan fakta Amerika di Facebook dan Instagram, dalam satu anjakan besar sejajar dengan keutamaan bakal Presiden Donald Trump. “Kami akan menggugurkan penyemak fakta (yang) terlalu berat sebelah dari segi politik dan telah memusnahkan lebih banyak kepercayaan daripada yang mereka cipta, terutamanya di Amerika,” […]
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penegasan serta cabaran untuk ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kalangan pemimpin itu juga berperanan dalam mengerakkan prakarsa atau usaha berkaitan pembangunan ekonomi golongan bumiputera. […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima 4,699 permohonan untuk menurunkan kandungan berunsur penipuan dan perjudian di media sosial dalam tempoh tujuh hari bermula 1 Januari lalu. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, angka itu adalah yang terkini dicatatkan oleh MCMC setakat jam 9 pagi tadi. Katanya, daripada 4,699 sebanyak 72 peratus berkait isu judi dalam […]










