Category Archives: YANG VIRAL

Tiada yang kacau daun…BN berentap dengan PN di PRK DUN Mahkota

Semasa pilihanraya negeri Johor pada 2022 empat parti Barisan Nasional (BN),Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Warisan berentap di kerusi Dewan Undangan Negeri Mahkota di Kluang,Johor. Ia dimenangi oleh calon BN, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain dengan majoriti 5,166 undi. Nampaknya pada pilihanraya kecil (PRK) DUN itu pada 28 September ini tiada parti lain […]

Mahkamah benarkan permohonan gantung pindah milik tanah Jalan Duta

Kerajaan berjaya dalam permohonannya untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan pemindahan hak milik tanah seluas 106.542ha di Mukim Batu kepada Semantan Estate Sdn Bhd (Semantan Estate) sementara menunggu pelupusan rayuan kerajaan di Mahkamah Rayuan. Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh semasa membenarkan permohonan kerajaan, memutuskan terdapat keadaan istimewa yang membolehkan mahkamah membenarkan permohonan penangguhan […]

Polis serbu rumah amal disyaki eksploitasi kanak-kanak

Polis menahan 171 individu dalam serbuan ke atas 20 premis di Selangor dan Negeri Sembilan berkait kes eksploitasi agama dan kanak-kanak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata kesemua individu berkenaan ditahan dalam operasi Op Global pada Rabu dan direman sehingga 14 September ini. Dalam operasi sama, 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun […]

Annuar Musa jangka BN-PH menang besar di PRK DUN Mahkota

Sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat ulasan Tan Sri Annuar Musa mengenai kemungkinan BN-PH menang besar dalam pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Mahkota di Kluang,Johor pada 28 September ini tentu mencuri perhatian ramai. Ia seolah pembangkang sudah awal awal kibar bendera putih. Annuar yang ulas menerusi laman facebooknya pada Ahad jangka BN dengan mudah […]

Ketua Pemuda UMNO Kluang dipilih calon BN PRK DUN Mahkota

Walaupun Pergerakan Wanita UMNO sangat berharap seorang wanita jadi calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor pada 28 September ini namun Ketua Pemuda UMNO bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah telah dipilih. Pemilihan Syed Hussien telah diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi semasa Majlis […]

Malaysia akan hadiri sidang kemuncak Brics pada 22 hingga 24 Okt

Malaysia menerima jemputan Rusia untuk menyertai Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia pada 22 hingga 24 Okt, 2024, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata jemputan yang disampaikan oleh Presiden Vladimir Putin sendiri semasa sesi makan malam kerja merupakan bukti jelas mengenai kepentingan Malaysia kepada Rusia. “Ini menandakan satu langkah penting ke arah […]

PM tiba di Vladivostok, Rusia lawatan kerja dua hari

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Vladivostok pagi ini untuk lawatan kerja dua hari ke bandar raya pelabuhan utama di wilayah Timur Jauh Rusia. Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok pada 8.33 pagi waktu tempatan (6.33 pagi waktu Malaysia). Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; […]

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2024

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada Sabtu berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya. Ini adalah kali pertama Seri Paduka Baginda berdua menyaksikan acara gilang-gemilang itu selepas Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan serta ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, masing-masing pada 31 Januari dan 20 Julai lepas. Keberangkatan […]

36 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti seks bertukar pasangan

Sebanyak 36 individu termasuk pelajar universiti dan penjawat awam ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan persundalan seks bebas (swinger). Sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak awal tahun ini menawarkan servis langganan secara dalam talian melalui portal yang disyaki diurus masing-masing seorang lelaki warga tempatan dan Singapura. Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Fadil […]

Berita gembira untuk penumpang pesawat…

Mulai 2 September ini para penumpang pesawat tidak perlu lagi gundah gulana jika berlaku kelewatan penerbangan mereka selama lima jam dan lebih. Ini kerana syarikat penerbangan perlu mengembalikan bayaran penuh bagi kelewatan itu kepada pengguna yang tidak mahu meneruskan perjalanan mereka. Menteri Pengangkutan Anthony Loke beritahu pada Rabu langkah itu susulan pembaharuan Kod Perlindungan Pengguna […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.