Category Archives: YANG VIRAL

Michelle Yeoh terima Pingat Kebebasan…

MALAYSIA BOLEH…Pelakon terkenal kelahiran Ipoh ,Tan Sri Michelle Yeoh adalah salah seorang dari 19 penerima Pingat Kebebasan (Medal of Freedom). Presiden Amerika Joe Biden menyampaikan anugerah itu pada satu majlis di Rumah Putih di Washington DC pada Jumaat. Biden dalam ucapan menyifatkan penampilan Michelle berjaya memecahkan sterotaip sekali gus melangkaui jantina, budaya, bahasa dan dalam […]

Papagomo didakwa hasut, datangkan kebencian terhadap YDP Agong…

KUALA LUMPUR – Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Khamis atas pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Wan Muhammad Azri, 41, yang juga bekas Exco Pemuda UMNO didakwa telah menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart & […]

Kes hasutan terhadap YDP Agong….Papagomo ditahan

Blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, ditahan di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur, sekitar tengah hari Selasa kerana disyaki mengeluarkan kenyataan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan penahanan Papagomo. Menurut beliau, penahanan Papagomo susulan laporan polis diterima berkaitan hantaran video berdurasi 2 minit 46 saat […]

PM: Malaysia amalkan dasar luar seimbang, elak provokatif

Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata Putrajaya menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan dua hala yang mantap dengan China, Korea Selatan dan Jepun. […]

PM di rumah terbuka Kementerian Pendidikan Tinggi…

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Sepanjang berada di majlis itu beliau sempat bersalaman dan bertegur sapa dengan tetamu yang rata-ratanya warga KPT serta para mahasiswa. Hadir di majlis itu Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta para pegawai tinggi kementerian itu.-26/4/2024.

Nahas helikopter: Menteri bertindak pantas

PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa. Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya turut mengalu-alukan tindakan menteri termasuk membatalkan acara sambutan ulang tahun ke-90 TLDM […]

Raghad,isteri Allahyarham Taib Mahmud muncul bersuara…

Sejak kematian bekas TYT Sarawak Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 21 Februari 2024 lalu …balunya Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi terus menyepi. Ini mencetuskan desus desus kerana bukan rahsia lagi ada kes mahkamah antara Raghad dengan anggota keluarga melibatkan isu pemindahan saham syarikat. Mereka ialah anak lelaki Allahyarham Taib yakni Datuk […]

Beberapa pengumuman penting mengenai 5G akan diumum hujung April atau awal Mei: Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beberapa pengumuman penting mengenai rangkaian 5G dijangka diumumkan pada hujung bulan ini atau awal Mei. Fahmi berkata beliau dijadualkan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok antaranya untuk membincangkan perkara yang perlu dilaksana bagi memastikan kadar penggunaan rangkaian itu terus mencapai tahap yang suai manfaat atau […]

KEMASKINI : Bekas MP BN Kuala Krau mengaku beliau yang buang….

Kini sudah terjawab siapa yang buang beras,sardin,tepung di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum, Temerloh,Pahang. Beliau ialah bekas Ahli Parlimen BN kawasan Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed. “Saya ambil tanggongjawab penuh atas hal ini,”katanya dalam satu kenyataan. Menurut Ismail yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Krau dari 2004 hingga 2022 […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.