Category Archives: YANG VIRAL

Jadikan Ramadan medan bentuk disiplin, kukuh nilai takwa – PM

Umat Islam di negara ini diseru memanfaatkan kedatangan bulan Ramadan sebagai medan pembentukan diri dan pengukuhan nilai ketakwaan, selain memperkukuh disiplin dalam kehidupan seharian. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ibadah puasa dan amalan sepanjang Ramadan bukan sekadar memenuhi syarat dan rukun semata-mata. “Tuntutan ibadah puasa dan segala amalan lain dalam Ramadan bukan semata-mata […]

Perpaduan asas kekuatan negara – PM

Perpaduan rakyat berbilang kaum terus menjadi asas kekuatan Malaysia dan mesti dipelihara demi menjamin kestabilan serta kemakmuran negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia sebagai sebuah keluarga besar yang dihuni pelbagai kaum, budaya dan agama perlu hidup dalam suasana saling menghormati dan harmoni. Menurut beliau, keamanan dan kestabilan negara adalah syarat utama untuk […]

Rafizi dakwa dapat maklumat ‘sumber dalaman’ rumahnya hendak diserbu SPRM…Azam Baki nafi

Siapa gempak siapa?…inilah yang menjadi tandatanya bila timbul al-kisahnya konon SPRM hendak buat serbuan keatas rumah bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli. Ia dikatakan gara-gara laporan yang dakwa SPRM hendak buat siasatan berhubung dakwaan penyelewengan RM1.1 bilion membabitkan seorang menteri kanan. Sedangkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM setakat ini belum […]

KP SPRM jangan tunduk pada tekanan… terus perangi rasuah

Pengasas dan ketua pasukan Rasuah Busters, Tan Sri Hussamuddin Yaacub menegaskan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berlandaskan undang-undang dan sebarang kemelut peribadi perlu diselesaikan mengikut saluran perundangan yang betul. Beliau berkata, dalam memastikan integriti institusi terus terpelihara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak seharusnya tunduk kepada sebarang bentuk tekanan. “Kita negara undang-undang. Sementara […]

4 lelaki ditahan, roboh kuil di Rawang

Empat lelaki ditahan kerana disyaki merobohkan kuil haram tanpa sebarang pemakluman kepada pihak berkuasa tempatan, pada Rabu. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu daripada seorang lelaki tempatan hari ini. “Hasil siasatan mendapati sebahagian kuil dirobohkan tanpa ada perbincangan dan tiada pemberitahuan kepada pihak berkuasa tempatan serta pengadu sebelum […]

Usaha kerajaan MADANI perangi rasuah bawa lonjakan CPI

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia melonjak ke tangga ke-54, sekali gus mencerminkan keberkesanan usaha Kerajaan MADANI dalam memerangi rasuah secara sistemik serta membetulkan kelemahan struktur tadbir urus negara. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan itu didorong antaranya oleh tindakan penguatkuasaan tegas agensi-agensi utama termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis […]

‘SARA Untuk Semua’ diperluas kepada makanan sejuk beku

Pemberian bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua bermula hari ini diperluaskan merangkumi kategori makanan sejuk beku. Penambahan kategori itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara, hari ini. Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, pengeluasan kategori makanan sejuk beku itu meningkatkan jumlah barangan yang […]

Kerajaan kaji akta khusus untuk AI

Kerajaan masih meneliti keperluan menggubal akta khusus bagi mengawal selia dan melesenkan penggunaan aplikasi kecerdasan buatan (AI) susulan kebimbangan terhadap penyalahgunaan teknologi itu. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata meskipun tiada akta khusus ketika ini, kerajaan tidak menolak kemungkinan pelesenan aplikasi AI pada masa hadapan. “Bagi isu melibatkan kecerdasan buatan (AI), pada masa ini kesalahan […]

Keselamatan Internet: Bukan urusan ‘Orang IT’ sahaja, tapi tanggungjawab setiap keluarga

Dulu, bila sebut “keselamatan internet”, yang terbayang mungkin ahli teknologi dengan komputer penuh kod. Tapi hari ini? Ia sudah jadi urusan dapur, ruang tamu, bilik tidur anak—iaitu urusan keluarga dan masyarakat. Apa yang berlaku dalam talian kini terus menyentuh kehidupan harian kita semua. Itulah penekanan yang dikongsi oleh Ketua Jabatan Libat Urus Komuniti Suruhanjaya Komunikasi […]

Wabak tibi di Kota Tinggi… 33 positif, 804 disaring

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu kluster Tuberkulosis atau tibi di Kota Tinggi pada 25 Jan lepas dengan sebanyak 33 kes positif dikesan hasil saringan ke atas 804 kontak rapat setakat 4 Feb. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pasukan KKM kini berada di lapangan dan sedang mengambil tindakan agresif bagi membendung penularan wabak […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.