Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
KP SPRM jangan tunduk pada tekanan… terus perangi rasuah - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / KP SPRM jangan tunduk pada tekanan… terus perangi rasuah

KP SPRM jangan tunduk pada tekanan… terus perangi rasuah

Pengasas dan ketua pasukan Rasuah Busters, Tan Sri Hussamuddin Yaacub menegaskan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berlandaskan undang-undang dan sebarang kemelut peribadi perlu diselesaikan mengikut saluran perundangan yang betul.

Beliau berkata, dalam memastikan integriti institusi terus terpelihara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak seharusnya tunduk kepada sebarang bentuk tekanan.

“Kita negara undang-undang. Sementara kemelut peribadi diselesaikan cara undang-undang, KP SPRM jangan tunduk pada tekanan, teruskan usaha perangi rasuah habis-habisan,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di facebook peribadinya.

Hussamuddin yang juga tokoh media dan pemilik akhbar Sinar Harian dikenali sebagai individu yang tegas memerangi rasuah termasuk terpaksa berdepan dengan tekanan daripada pihak berkuasa.

Pemilik empayar media KarangKraf itu dikenali vokal dalam isu IMDB dan pernah secara terbuka tidak sehaluan dengan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.

Kontroversi membabitkan Azam kembali mencuri perhatian selepas laporan Bloomberg mendedahkan bahawa beliau memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Bhd, dengan nilai dianggarkan sekitar RM800,000 ketika masih menerajui SPRM.

Rekod korporat menunjukkan saham itu dibeli dan dijual dalam tahun yang sama, iaitu pada 2024.

Susulan laporan itu, Azam menegaskan, beliau telah mengisytiharkan semua pegangan berkenaan, malah mempertimbangkan tindakan undang‑undang terhadap laporan yang didakwa bersifat mencemar imejnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa saham berkenaan telah dijual semula dalam tempoh kurang setahun. -12/2/2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *