Pempengaruh media sosial Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice menjadi tumpuan pada Jumaat apabila adakan sidang akhbar untuk jawab isu antaranya dengan Datuk Seri Rafizi Ramli. Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur itu Caprice menafikan beliau ada menyebut jumlah RM2.5 bilion mahu pun sebarang perkataan rasuah dikaitkan dengan bekas Menteri Ekonomi dalam hantaran video […]
Category Archives: FOKUS
Lepas seorang ke seorang kalangan pemimpin berpengaruh angkat kaki dari parti Bersatu sejak Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainuddin dipecat pada 13 Februari. Terbaru pada hari ini Ketua Wanita Bersatu yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah,Melaka Datuk Mas Ermieyati Samsudin umum peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah. Peletakan jawatan itu dibuat bersama 39 […]
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meleraikan kebimbangan dikalangan pegawai kerajaan pada kemungkinan ia bertindak semborono dalam usaha membenteras rasuah dan penyelewengan yang giat dilaksana kebelakangan ini. Beliau menegaskan segalanya mesti ikut proses undang-undang. Perdana Menteri beri jaminan beliau tidak akan pilih jalur ‘belum siasat mesti hukum dulu.’ Jangan kita gopoh kerana kebetulan orang itu kita […]
Ketika negara sedang dilanda polimek hangat mengenai isu bentuk siasatan keatas dakwaan berkaitan pemilikan saham Ketua Persuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dan sebelum ini kes rasuah beberapa individu berprofail tinggi…Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim pada Isnin mengeluarkan kenyataan tegas. Titah baginda, usaha membanteras rasuah tidak boleh bersifat kosmetik atau sekadar retorik kerana tiada siapa […]
‘ Selalunya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan cakap juga untuk beri komentar mengenai isu politik apa lagi melibatkan parti lawan. Namun lain halnya bila ditanya tentang krisis besar parti Bersatu dimana parti itu bertindak pecat Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan 16 orangnya Jumaat lalu. Perdana Menteri hanya beri komen ringkas dan bernada sinis. […]
Sabtu…melangkah masuk hari kedua krisis terbaru parti Bersatu perhatian tentunya bertumpu kepada pertemuan team Tan Sri Muhyiddin Yasin dan team Datuk Seri Hamzah Zainuddin di dua tempat berasingan yang tidak jauh sangat antara satu sama lain. Presiden Bersatu adakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di rumahnya di Bukit Damansara manakala bekas Timbalan Presiden temui para […]
Common misconception first: multi‑chain wallets simply “add more chains” and therefore automatically give you better trading opportunities. That’s true only at the surface. The real mechanics — liquidity fragmentation, settlement paths, custody boundaries, and permissioned connections to centralized venues — determine whether multi‑chain access actually improves execution, risk, or convenience. This article uses a case‑led […]
Dalam senario politik negara perkembangan terbaru yang meletop dalam kemelut parti BERSATU sudah tentu ada yang kata ‘siap pop corn…mari ramai-ramai tonton’. Apa tidaknya krisis dalaman parti itu yang sekian lama berlegar sudah sampai ke kemuncaknya bila Timbalan Presiden BERSATU ,Datuk Seri Hamzah Zainuddin rasmi dipecat dari parti. Tanda tanya tentu berlegar apakah ini penamat […]
Setelah ding dong sekian lama mengenai kemungkinan Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Hamzah Zainuddin hendak dipecat dari parti itu…kini ia sudah menjadi kenyataan. Tindakan berkenaan yang sudah pasti mengoncang lagi parti berkenaan dimaklum oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Datuk Radzi Manan menerusi satu notis yang dikeluarkan hari ini. Katanya perkara itu diputuskan dalam mesyuarat lembaga berkenaan […]
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilantik mengetuai jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, jawatankuasa itu turut dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua […]









