Category Archives: FOKUS

TIDAK BENAR…kerajaan bagi pampasan RM2 juta pada kuil…juga kes ini tidak boleh dijadikan rujukan kes akan datang

Spekulasi yang hangat berlegar berkaitan pemberian pampasan kepada pihak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman untuk berpindah ke tapak baharu…nyata tidak benar. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa pada Rabu tampil menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya kerajaan beri pampasan berjumlah RM2 juta kepada pihak kuil itu. Spekulasi ini […]

Tak timbul isu beli pesawat Boeing sebab Anwar mahu jumpa Trump…

Pembelian pesawat baharu Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) dilaksanakan mengikut prosedur serta terma ditetapkan, kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim. Beliau menafikan dakwaan pihak pembangkang kononnya pembelian pesawat berkenaan mempunyai kepentingan tertentu. Muhammad Kamil berkata pembelian pesawat itu tidak seharusnya dipersoalkan pembangkang memandangkan dilakukan mengikut pendekatan sedia ada yang telah diamalkan […]

KEMASKINI: Jalan terus…PM letak batu asas bina masjid Jalan Masjid India Khamis ini…pengurusan kuil setuju pindah

Selari dengan pandangan ramai pihak…Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sahkan kehadirannya ke majlis meletakkan batu asas pembinaan masjid di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Khamis ini…yakni tempat yang menjadi kontroversi isu kuil. Serentak dengan itu beliau menegaskan bahawa kontroversi isu tanah di situ mesti dikendalikan mengikut kedaulatan undang-undang. Anwar berkata kuil Dewi Sri Pathrakaliamman itu […]

PAS anggap pendirian Anwar pasal isu kuil tepat

PAS tampil menyokong pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu kuil di Jalan Masjid India Kuala Lumpur. Menerusi laman facebooknya Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menganggap pendirian diambil Perdana Menteri itu sebagai “tepat”. Ahli Parlimen Pasir Mas berpendapat, pertikaian mengenai keberadaan kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di situ bukanlah berkaitan isu agama sebaliknya undang-undang. “Harapnya […]

Tarif elektrik baharu dimuktamad, kerajaan tampung kos pembekalan

Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif elektrik baharu yang dijangka berkuat kuasa 1 Julai 2025. Cadangan itu mengambil kira kos pembekalan elektrik sebenar serta memastikan kadar yang lebih kompetitif dan mampan dalam jangka panjang. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menjelaskan, komponen terbesar dalam pengiraan tarif […]

Ismail Sabri nafi tarik sokongan pada Kerajaan Perpaduan

Khabar angin ini sudah lama berlegar dan akhirnya tuan tubuhnya yakni bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri menjawabnya. Beliau yang kini sedang disiasat SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya telah menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan. Katanya beliau tetap memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Kebelakangan ini berlegar khabar […]

Beri ruang supaya isu pemindahan kuil selesai secara harmoni

Isu pemindahan sebuah kuil di Jalan Masjid India yang menjadi perbincangan hangat sehari dua ini tidak harus dijadikan kesempatan peribadi dan politik dengan mengapi-apikan perkara sensitif tersebut ulas Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Sebaliknya beliau meminta mereka yang tidak terlibat memberikan ruang supaya pihak berkepentingan dapat menyelesaikan hal itu secara harmoni. Fahmi, yang juga Ahli […]

3.25%…Tabung Haji umum dividen tertinggi dalam tempoh tujuh tahun

Tabung Haji (TH) umum kadar dividen sebanyak 3.25 bagi tahun kewangan 2024 yakni yang tertinggi dalam tempoh tujuh tahun. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata kadar keuntungan selepas zakat ini membabitkan jumlah agihan bernilai RM2.92 bilion, berbanding RM2.72 bilion tahun sebelumnya. Agihan itu akan memberi manfaat kepada […]

Pendakwa sakit tekak…prosiding rayuan kes Syed Saddiq tangguh kepada 17 April

Debaran ramai pihak menanti keputusan kes rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Mahkamah Rayuan Putrajaya belum berakhir. Asalnya keputusan penal hakim pada rayuan bagi mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman, empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dijangka dibuat petang ini. Namun gara gara Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin […]

Hentikan amalan tubuh, simpan syarikat tidak catat untung – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata budaya menubuhkan syarikat serta amalan menyimpan syarikat yang tidak mencatatkan keuntungan harus dihentikan serta merta. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan melaksanakan pemantauan ketat terhadap syarikat di bawah Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan setakat ini, hanya sejumlah kecil sahaja syarikat di […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.