TAHUKAH ANDA

Penamatan kontrak KP J-Kom masih misteri

Sebab penamatan kontrak Mohd Khairuddin Othman sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) berkuatkuasa semalam masih lagi menjadi misteri buat masa ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Rabu mengesahkan penamatan kontrak Dr Mohd Khairuddin yang baru saja enam bulan dilantik pegang jawatan itu.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras itu yang juga Setiausaha PKR Selangor dilantik pada 1 Mac lalu ganti Mohammad Agus Yusof yang letak jawatan November 2023 selepas dilanda kontroversi video tular berkaitan perbualan lucah.

Bercakap dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet pada Rabu Fahmi berkata “dalam isu jawatan kontrak mana-mana pelantikan dan penamatan, ada prosesnya, dan pelantikan serta penamatan adalah perkara biasa.”

Beliau bagaimanapun enggan ulas punca penamatan khidmat Mohd Khairuddin.

“Ia berdasarkan proses yang teratur,” katanya.

Menurut Fahmi, tugas ketua pengarah itu akan dipangku oleh individu lain.

Ditanya bila kekosongan jawatan tersebut akan diisi, beliau berkata, perkara berkenaan belum dapat dipastikan buat masa ini kerana terdapat proses yang perlu diikuti.

Terdahulu, Mohd Khairuddin dilapor berkata, beliau sudah menerima surat penamatan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-Kom semalam.

Ditanya sebab perkhidmatan itu tidak diteruskan beliau enggan memberi komen.

“Sebaiknya kalau dapat bertanya pada menteri,” katanya.- 25/9/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button