TAHUKAH ANDA

Teresa Kok terima surat ugutan bunuh serta dua peluru dalam peti suratnya….

Ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh, Kuala Lumpur Teresa Kok mendapat kejutan bila beliau buka peti surat kediamannya di sebuah kondominium Sabtu malam.

Apa tidaknya…beliau menemui surat ugutan bunuh dan dua butir peluru di dalamnya.

Teresa dilaporkan berkata, “semalam bila saya pulang ke kediaman rumah saya dan mengambil surat di peti surat saya, saya dapati ada satu sampul surat yang mengandungi benda yang agak keras di dalamnya.

“Bila saya buka sampul surat dan keluarkan kandungannya, saya mendapati dua butir peluru dan satu kertas putih saiz A4 bertulis:- “Cb*lu Cina?!!! Lu akan mati!!!TUNGGU!!!”

Beliau telah buat laporan polis mengenai hal itu jam 9.48 Sabtu malam.

Teresa juga telah serahkan surat dan peluru itu kepada polis.

Katanya beliau terkejut dan akan lebih berhati-hati mulai sekarang.

Beliau tidak mahu terlalu risau pada kes ini kerana sibuk dan perlu menjalankan tugas seperti biasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa mengesahkan pihaknya telah menerima satu laporan polis mengenai sepucuk surat amaran dan ugutan terhadap Ahli Parlimen itu.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati sampul surat yang dikirim mengandungi sekeping nota berbentuk amaran dan dua butir peluru.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama.

“Kes masih di peringkat siasatan dan pihak polis memandang serius perkara ini dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan,” katanya lagi.- 19/5/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button