Himpunan solidariti bersama Palestin Ahad ini…pendirian rakyat Malaysia tidak berubah

Malaysia akan hantar mesej jelas kepada kepada masyarakat antarabangsa bahawa pendirian rakyat Malaysia dalam isu Palestin tidak berubah dan akan terus bersolidariti dengan rakyat Palestin.
Mesej ini akan disampaikan menerusi satu perhimpunan solidariti bersama Palestin akan diadakan ini Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 8 malam Ahad ini.
Penganjuran himpunan itu ekoran pembunuhan pemimpin Hamas ,Ismail Haniyeh di Tehran semalam diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil beritahu demikian pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya Khamis.
“Rakyat Malaysia dijemput hadir dan kita membuka ruang ini kepada semua pihak untuk bersama memberikan solidariti (dalam isu Palestin).
“Ini juga diharap menjadi isyarat yang jelas kepada masyarakat antarabangsa bahawa pendirian rakyat Malaysia dalam isu Palestin tidak berubah, kita akan terus bersolidariti dengan rakyat Palestin,” katanya.- 1/8/2024