Khairy Jamaluddin Penyampai Radio Popular ABPBH ke 36

“Dalam hidup, jika satu pintu rezeki ditutup, Allah akan buka pintu rezeki yang baru.” Itu antara kata kata Khairy Jamaluddin dalam ucapan kemenangan beliau sebagai Penyampai Radio Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36.
Bekas Menteri Kesihatan dan bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang berusia 48 tahun itu ialah penyampai radio di Hot FM.
Beliau yang mula bersiaran di konti Hot FM pada 15 Februari tahun lalu menewaskan penyampai radio lain yang lebih berpengalaman iaitu Tyzo, Haiza, DJ Sonic dan Sharifah Shahirah dalam kategori itu.
Sementara itu penyanyi Aina Abdul yang mendapat 8,882,662 undi, diumum sebagai Bintang Paling Popular ABPBH Ke-36 yang berlangsung di Shah Alam Jumaat malam. – 11/10/2024