Semua pihak digesa menghentikan budaya menggunakan kes rasuah sebagai alat ugutan, tawar-menawar politik atau menutup kelemahan tadbir urus, sebaliknya menumpukan usaha kepada reformasi institusi yang tulen serta berkesan. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata pihaknya memandang serius kekeliruan dan keresahan rakyat apabila isu rasuah semakin dipersembahkan dalam bentuk retorik, persepsi […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Boleh cuba tapi belum tentu diterima… itu isyarat yang disampaikan kepada mana-mana pemimpin politik yang ingin menyertai UMNO terutama selepas pergolakan dalam parti BERSATU. Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Maslan semua keputusan untuk terima mana-mana ahli politik penyertai UMNO akan ditentukan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu berdasarkan tiga prinsip […]
Sebanyak 503 kes baharu tuberkulosis (Tibi) dikesan di seluruh negara sehingga Minggu Epidemiologi ke-5 tahun ini (ME 5/2026), sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 2,571 kes setakat ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, Sabah mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 614 kes, diikuti Selangor (476 kes), Sarawak (257 kes), Johor (233 kes) […]
Kira-kira 8.1 juta rakyat di negara ini sudah menebus Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 dengan jumlah perbelanjaan mencecah hampir RM780 juta, setakat Jumaat lalu. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, angka itu direkodkan dalam tempoh lima hari, selepas bantuan dikreditkan ke dalam MyKad semua warganegara Malaysia tanpa mengira pendapatan dan latar […]
Lebih 40 akaun Facebook dan hampir 10 akaun TikTok dikenal pasti oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terlibat dalam penyebaran kandungan disyaki berunsur tingkah laku tidak tulen terselaras atau Coordinated Inauthentic Behaviour (CIB) yang mempunyai elemen perkauman dalam tempoh 24 jam. Turut dikesan, hampir 10 akaun TikTok yang terlibat dalam penyebaran kandungan serupa. Menteri […]
Penularan kes penyakit Tuberkulosis atau tibi di Johor dalam keadaan terkawal dengan tiada kes baharu yang direkodkan setakat ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengesan kontak rapat bagi mengekang penularan penyakit itu. “Saya menasihatkan orang […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memulakan Rundingan Awam berhubung cadangan kerangka kawal selia bagi Pelan Keselamatan Dalam Talian (Online Safety Plan). MCMC dalam kenyataan memaklumkan, ia termasuk draf Kod Pengurangan Risiko dan Kod Perlindungan Kanak-Kanak sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA). Menurut MCMC, kerangka kawal selia dan draf […]
Ketika usaha membanteras rasuah terus menjadi agenda utama pentadbiran negara, Kerajaan Madani disaran agar tidak berganjak dalam mempertahankan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Timbalan Speaker DUN Negeri Sembilan, Mohd Asna Amin berkata, kepimpinan Azam sejak Mac 2020 telah memperlihatkan ketegasan luar biasa dalam menangani kes rasuah berprofil tinggi, […]
Hampir dua juta penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah menebus bantuan RM100 yang dikreditkan bermula 9 Februari lalu. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, daripada jumlah itu, hampir RM200 juta telah dibelanjakan oleh penerima setakat Selasa. “Ini menunjukkan program SARA menunjukkan perkembangan yang baik,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Peluncuran Jana […]
Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk menghentikan pemberian lesen baharu penternakan babi di seluruh negeri berkuat kuasa serta-merta, selaras dengan titah terbaharu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang bagi membincangkan isu berkenaan, susulan titah baginda yang tidak memperkenankan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di […]










