Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau sedia untuk mengisytiharkan harta pada bila-bila masa. “Saya, kalau ada (pihak) minta esok (isytihar) harta, esok juga saya buat, koreklah banyak mana pun… baru boleh jadi pemimpin, jadi contoh. “Jika tidak, apa yang kita nak ajar kepada rakyat kerana antara cara untuk angkat darjat Islam […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Sebab penamatan kontrak Mohd Khairuddin Othman sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) berkuatkuasa semalam masih lagi menjadi misteri buat masa ini. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Rabu mengesahkan penamatan kontrak Dr Mohd Khairuddin yang baru saja enam bulan dilantik pegang jawatan itu. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras itu yang juga Setiausaha […]
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi penguatkuasa perlu bertindak serius serta bersepadu bagi menyiasat sekali gus membanteras segala bentuk aliran menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas bahawa perkara itu perlu dibendung sehingga ke akar umbi. Katanya, dalam pertemuan bersama pegawai tertinggi JAKIM hari ini, beberapa perkara […]
Tiada perubahan pada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini disandang Chow Kon Yeow sekalipun Menteri Sumber Manusia Steven Sim adalah Pengerusi baru DAP negeri itu mulai hari ini. Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebelum ini memberi jaminan bahawa Chow akan berkhidmat sehingga habis penggal. Steven Sim pula menegaskan kepimpinan baru DAP Pulau Pinang akan […]
Sudah sekian lama kedengaran gosip dan kritikan berkaitan lawatan dan rombongan pegawai kerajaan keluar negara yang ada antaranya didakwa hanya membazirkan wang rakyat. Pelanggaran sebegini tidak boleh diizinkan…itu kata Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat ketika memberitahu beliau mengarahkan rombongan 68 penjawat awam untuk menghadiri pameran kecil di Berlin,Jerman dibatalkan. Bercakap kepada wartawan selepas selesai […]
Mengambil kira dari cakap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yasin nampak gaya rundingan antara PN dan kerajaan mengenai peruntukkan bagi ahli parlimen pembangkang ‘sudah langgar tembok’ Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu secara terbuka berkata PN tidak akan mengemukakan cadangan balas pada draf memorandum persefahaman (MOU) mengenai peruntukan dari kerajaan […]
Kini sudah setahun empat bulan menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu, Muhammad Adlan Berhan,48 yang yang diburu SPRM untuk didakwa di mahkamah atas kes pecah amanah menghilangkan diri. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kata SPRM masih gagal mengesan Muhammad Adlan yang menghilangkan diri sejak Mei tahun lalu. Katanya pada sidang akhbar di Putrajaya […]
Kisah pengisytiharan harta dua anak Tun Dr Mahathir Mohamad yakni Mirzan dan Mokhzani kepada SPRM yang tertangguh tangguh sejak Januari tahun ini sudah berakhir. Selepas ini apa yang ditunggu ialah hasil siasatan SPRM serta apakah langkah selanjutnya. Mirzan dan adiknya Mokhzani – keduanya tokoh koprat sudah beres buat pengisytiharan itu kepada SPRM mengikut tempoh masa […]
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam,Isnin. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kes berkenaan dikesan daripada 58 kes disyaki mpox yang telah dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini. Beliau berkata pesakit berkenaan merupakan seorang lelaki warga tempatan yang mula […]
Kementerian Pendidikan (KPM) sedia memberi peluang pendidikan kepada 402 kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan rumah amal milik rangkaian sebuah syarikat yang berjaya diselamatkan dalam beberapa serbuan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, baru-baru ini. Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata KPM akan membuka peluang berkenaan seluas-luasnya kepada mangsa untuk mendapat pendidikan, […]










