Category Archives: TAHUKAH ANDA

Serbuan ke atas rumah amal hasil siasatan, risikan selama 6 bulan

Serbuan ke atas 20 rumah kebajikan yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) berhubung dakwaan eksploitasi serta penderaan kanak-kanak adalah hasil risikan dan siasatan oleh pihak polis selama enam bulan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya menyiasat syarikat itu sejak 2011 iaitu sebelum dakwaan terhadap GISBH tular di media […]

Yusoff Rawther didakwa edar kanabis

Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala LUmpur,Khamis atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram pada Jumaat lepas. Muhammed Yusoff Rawther, 31, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S. Arunjothy. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. […]

Pemuda UMNO tuntut haramkan GISB jika bersalah

Pemuda UMNO menuntut kerajaan mempertimbang untuk mengharamkan pertubuhan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) jika benar organisasi itu mendidik penghuni rumah amal tersebut meliwat. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata setiap cawangan pertubuhan itu perlu digempur dan disiasat. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut menggesa tindakan paling berat dikenakan terhadap […]

Mohamad Haizan…calon PN PRK DUN Mahkota

Perikatan Nasional (PN) umum Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Kluang Mohamad Haizan Jaafar, 58 sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Pengumuman dibuat oleh Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Kluang Selasa malam. Haizan ialah bekas pemain bola sepak semi pro Johor yang juga seorang jurulatih. Dua hari lalu, Ketua […]

DAP pertahan Teresa Kok dalam isu sijil halal…

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke tidak melihat ada salahnya Teresa Kok sebagai seorang Ahli Parlimen bercakap mengenai isu sijil halal untuk menyuarakan kebimbangan masyarakat bukan Islam di negara ini. “Sebagai ahli Parlimen, beliau memang sudah ada tanggungjawab untuk menyatakan pandangan yang mungkin diperolehi daripada pengundi-pengundinya. “Itu sebabnya beliau menyatakan kebimbangan sedemikian. Apa yang dilontarkan itu […]

Teresa Kok keluar kenyataan jelaskan isu sijil halal…

Gara gara kontroversi isu sijil halal makin panas termasuk ulasan dari Perdana Menteri…Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok tampil dengan satu kenyataan pada petang Ahad untuk menjelaskan hal berkenaan. Beliau menolak anggapan bahawa komentarnya mengenai isu itu tidak menghormati Islam atau mempersoalkan keperluan untuk pensijilan halal. Teresa Kok mendakwa komentarnya pasal cadangan Jakim mempertimbangkan mewajibkan […]

Tengku Hassanal titah Istana Pahang tidak akan lindungi kerabat yang didakwa serang orang awam

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bertitah supaya polis mengambil tindakan tegas terhadap kerabat diraja negeri itu yang didakwa menyerang orang awam di Kuantan pada 6 Jun lalu. Ini ekoran laporan Malaysiakini.com seorang pekerja pembinaan jalan menjadi mangsa serangan berkumpulan kerabat diraja Pahang gara gara pertikaian isu tanah. “Saya mahu tindakan tegas dan […]

Tujuh KSU bertukar kementerian, 12 pelantikan baru

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mengumumkan perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi 12 jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Ia membabitkan sembilan ketua setiausaha (KSU), seorang timbalan ketua setiausaha kanan dan dua ketua pengarah yang berkuat kuasa esok dan 23 Sept ini. Shamsul Azri berkata perubahan penempatan dan pelantikan baharu […]

Anwar menilai beberapa aspek perkhidmatan awam masih kurang memuaskan…

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri Isnin meminta penjawat awam jangkakan bulan September ini bulan pergerakan reform yang lebih pesat. Beliau yang juga Menteri Kewangan mahu supaya langkah-langkah reformasi dalam pentadbiran awam dilaksanakan segera. “Saya akan mengadakan perbincangan dengan KSN (Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.