Category Archives: TAHUKAH ANDA

Mahkamah tolak permohonan tangguh hukuman, Da’i Syed dihantar ke Penjara Kajang

Pendakwah selebriti Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful terpaksa meringkuk di Penjara Kajang bermula hari ini untuk menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam. Ini berikutan Hakim Norazlin Othman menolak permohonan Syed Shah Iqmal, 29, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas […]

Luahan rasa Ismail Sabri…

Podcast terbaru Keluar Sekejap yang dikendali oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan mencuri perhatian bila tetamu undangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menceritakan bagaimana beliau berusaha ‘jaga hati’ Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi. Katanya sekalipun tidak ada masalah dengan Zahid tetapi beliau kecewa dengan layanan oleh segelintir pemimpin UMNO yang menjauhinya ketika […]

Harga RON97, diesel turun 5 sen di Semenanjung

Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak lima sen iaitu masing-masing kepada RM3.42 dan RM3.18 seliter bermula esok hingga 4 September ini. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penetapan kadar itu adalah selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini. “Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan […]

Puad Zarkashi kata Muhyiddin patut letak jawatan

Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya letak jawatan sebagai Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) kerana kini berdepan dengan masalah perundangan yang berat. Itu pandangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi yang disuarakan dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa. Ini ekoran kes bekas Perdana Menteri itu yang didakwa di Mahkamah Sesyen,Gua […]

Mental dia okay…peguam Daim bantah pendakwa raya mohon bekas Menteri Kewangan jalani penilaian mental

Isu kesihatan mental Tun Daim Zainuddin menjadi perdebatan di mahkamah antara pihak pendakwa raya dan peguambela bekas Menteri Kewangan bagi kes pengisytiharan asetnya. Hal ini berbangkit bila Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa bahawa laporan Hospital Assunta mendiagnosis lelaki berusia 86 tahun itu menghidap pelbagai strok. Maka […]

Dr Mahathir nafi hendak haramkan UMNO…cuma minta Zahid bubar parti itu

Pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu mengeluarkan satu kenyataan menafikan beliau hendak mengharamkan UMNO selepas dilantik menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada tahun 2018. Katanya dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa Dr Mahathir mahu mengharamkan parti itu tidak benar sama sekali. Sebaliknya menurut kenyataan itu Dr Mahathir hanya menyuruh Zahid membubarkan […]

Harga diesel turun 2 sen

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 2 sen seliter kepada RM3.23 seliter bagi tempoh 22 Ogos 2024 hingga 28 Ogos 2024. Kementerian Kewangan memberitahu, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter. Manakala, harga runcit petrol RON97 dan RON95 pula katanya, kekal pada paras RM3.47 serta RM2.05 seliter. […]

Muhyiddin nafi ucapan di Nenggiri bermaksud hina institusi raja…

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempertahankan ucapan pada ceramahnya di pilihanraya kecil Nenggiri pada 15 Ogos yang cetus kemurkaan Tengku Mahkota Pahang. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) telah mengeluarkan satu kenyataan petang Isnin mendakwa ucapannya juga bukan untuk menimbulkan kecenderungan menghasut dan tidak bermaksud untuk menghina institusi raja. Bekas Perdana Menteri itu juga mendakwa ucapan itu […]

PM ziarah jenazah Rozaid dan anggap pemergiannya seperti kehilangan keluarga dan sahabat

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ziarah jenazah Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO) Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia awal malam Ahad di Masjid Putra Heights di Subang Jaya pagi Isnin. Perdana Menteri bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga meluangkan masa hampir sejam temui keluarga Allahyarham di situ. […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.