Category Archives: TAHUKAH ANDA

Kereta KM Melaka nyaris dihempap pokok tumbang

Sebatang pokok yang tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank di Kuala Lumpur hampir mengenai kenderaan yang membawa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Isnin. Beliau yang menaiki kenderaan jenis Lexus 350 terselamat dalam kejadian itu, namun kereta peronda polis jenis Proton X70 yang mengiringinya mengalami kerosakan pada bahagian cermin belakang dan […]

Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di Kuala Kubu Bharu

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tembok pagar Masjid Warisan Al-Hidayah Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu, Selangor diconteng dengan perkataan menghina Islam. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada 9 pagi Sabtu. “Kita membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan […]

Kontrak Azam Baki sebagai Ketua Persuruhjaya SPRM disambung setahun lagi

Tan Sri Azam Baki akan terus memimpin SPRM selama setahun lagi. Kontrak beliau yang sepatutnya tamat pada hari ini 10 Mei disambung berkuatkuasa 12 Mei. Hal ini diumum oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Ali. Katanya menerusi satu kenyataan Yang Dipertuan Agong telah beri perkenaan baginda melantik semula Azam Baki untuk setahun lagi. Azam […]

KJ dilantik jadi ahli lembaga pengarah syarikat di India

Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dinamakan sebagai ahli lembaga pengarah Fischer Medical Ventures Ltd yang beribu pejabat di India. Syarikat itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Fischer Chemic Ltd, mengumumkan pelantikan Khairy sebagai pengarah tambahan atas kapasiti pengarah bebas untuk tempoh lima tahun bermula 4 Mei 2024 dalam makluman pasaran saham baru-baru ini. Khairy berkhidmat […]

KKM akan keluar kenyataan isu vaksin Covid-19 AstraZeneca dalam waktu terdekat

Apa cerita mengenai isu vaksin Covid-19, AstraZeneca yang dipercayai mempunyai kesan sampingan yang berbahaya akan diketahui dalam sedikit masa lagi. Menteri Kesihatan Dr. Dzulkefly Ahmad kata kementerian (KKM) itu akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu vaksin itu dalam masa terdekat. Beliau meminta semua pihak diharap supaya bersabar, namun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut. […]

Mahkamah serah balik sementara pasport Muhyiddin…untuk ke Australia

Hasrat Tan Sri Muhyiddin Yassin hendak ke Australia melawat anggota keluarganya yang sakit kanser di sana tercapai. Pada Rabu…Mahkamah Sesyen,Kuala Lumpur membenarkan pelepasan pasport sementara bekas Perdana Menteri itu mulai hari ini sehingga 28 Mei. Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan yang dibuat peguam Muhyiddin, Hisyam Teh Poh Teik selepas timbalan pendakwa raya, Nor Asma Ahmad […]

SPRM belum cadang tahan Dr Mahathir

Setakat ini SPRM belum lagi bercadang untuk menahan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta. Ketua Persuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki kata ini kerana siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu masih berjalan. “Itu tak ada lagi. Kita tak ada hasrat untuk menahan beliau. Siasatan masih terus dijalankan,” katanya. Beliau menyatakan demikian ketika ditemui […]

Kes simbah asid Faisal Halim…polis tahan seorang lelaki usia 20han

Polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes simbahan asid ke arah bintang Selangor FC dan pemain kebangsaan Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara pada Ahad. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan kata lelaki berusia 20han itu diberkas di Pandan Indah, Ampang. Menurutnya polis akan mendapatkan perintah reman hari […]

Kabinet belum bincang kenaikan harga petrol dan diesel, laporan media asing tidak betul – Fahmi

GEORGE TOWN: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Kabinet belum berbincang mengenai kenaikan harga minyak petrol dan diesel. Justeru, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan untuk mengumumkan kenaikan harga bahan bakar itu. Beliau berkata mesyuarat Jemaah Menteri belum membincangkan perkara itu termasuk pada minggu lepas. “Saya meneliti […]

Pesawat ringan terhempas dekat Sungkai…jurulatih penerbangan dan pelatih cedera

Jurulatih penerbangan Kapten Shahrul Imran, 30 dan pelatih Le Ho Jia, 20 sungguh bernasib baik mereka cuma alami kecederaan. Ini berdasarkan pada keadaan teruk pesawat ringan jenis CESNA 172 (9M ADA) mereka naiki yang terhempas dekat Ladang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), di Besout 2 Tambahan,Sungkai pada Sabtu. Kapten Shahrul Imran mengalami […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.