Category Archives: TAHUKAH ANDA

RPN 2026-2035 dapat respon positif orang ramai

Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 yang dilancarkan pada Selasa (20 januari 2026) mendapat respons positif daripada ibu bapa, yang menjangkakan ia akan melonjakkan kualiti pendidikan secara menyeluruh pada masa hadapan. Seorang pekerja swasta, Zatil Zulkifli, berkata rancangan itu akan menjadikan pendidikan negara lebih bermutu tinggi dan selaras dengan kehendak pasaran semasa, khususnya selepas pelajar menamatkan […]

MCMC buka kertas siasatan dakwaan kandungan palsu titah Agong

Sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan sedang disiasat berhubung dakwaan menyiarkan kandungan palsu berkaitan titah Agong. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberitahu mereka membuka satu kertas siasatan susulan aduan orang awam terhadap kandungan dalam talian terbitan sebuah akhbar tempatan yang didakwa berunsur palsu. Dalam satu kenyataan media pada Selasa, MCMC berkata kandungan berkenaan dikaitkan dengan […]

Titah Agong seharusnya jadi peringatan tegas buat semua

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata titah Agong hari ini menekankan keperluan memperkukuh tatakelola serta mengambil tindakan tegas terhadap sebarang isu berkaitan rasuah. Beliau menyifatkan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim itu sebagai peringatan yang jelas dan tegas kepada semua pihak. Ia termasuk Ahli Parlimen supaya berada di barisan hadapan dalam usaha memerangi rasuah dan […]

IJM sahkan SPRM, LHDN hadir ke pejabat mereka

IJM Corporation Bhd mengesahkan bahawa pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah hadir di pejabat syarikat hari ini untuk mendapatkan maklumat sebagai sebahagian daripada proses mereka. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, IJM berkata, pihaknya akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa. Katanya, syarikat komited untuk menegakkan piawaian tadbir urus […]

SPRM siasat IJM libatkan pengubahan wang haram RM2.5 bilion

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat IJM Corporation berhubung dakwaan skim pengubahan wang haram melibatkan RM2.5 bilion. Pengerusi IJM, Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng, dan penasihat syarikat, Seow Wah Chong, telah dikenal pasti sebagai individu berkepentingan. Bagaimanapun, difahamkan kedua-dua eksekutif tersebut tidak berada di dalam negara ketika ini. Siasatan ini susulan penyiasatan oleh […]

Selangor catat kes tertinggi, guru penjawat awam teramai bankrap

Selangor merekodkan jumlah kes kebankrapan tertinggi di negara ini, dengan golongan guru merupakan antara penjawat awam yang paling ramai terlibat, kata Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia Datuk Ishak Bakri. Beliau berkata antara puncanya ialah komitmen pinjaman peribadi yang tinggi, selain menunjukkan golongan berpendapatan tetap lebih terdedah kepada risiko kebankrapan berdasarkan data terkumpul dan program literasi kewangan […]

PM pesan ahli Parlimen kerajaan bahas dengan baik – Fahmi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berbahas dengan konstruktif pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang bermula Isnin. Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu disampaikan Perdana Menteri semasa sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama dengan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks […]

Ada yang tak beres… NGO Melayu tolak Sunway ambil alih IJM, mahu PMX campur tangan

Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) menolak cadangan pengambilalihan dan pertukaran saham antara Sunway Berhad dan IJM Corporation Berhad kerana urus niaga ini merugikan kepentingan negara. Urus niaga ini juga merendahkan nilai sebenar IJM, serta mengancam kedudukan ekuiti Bumiputera dan dana awam yang diamanahkan kepada institusi pelaburan milik rakyat. Cadangan ini bukan sekadar transaksi […]

Rancangan 10 tahun pendidikan nasional dilancarkan Selasa

Rancangan Pendidikan Negara (RPN) bagi tempoh satu dekad iaitu 2026 hingga tahun 2035, akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan bersama memaklumkan, Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 merupakan rancangan strategik pendidikan nasional. Menurut KPT dan KPM, ia merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat […]

Padang Merbok dibuka semula sepenuhnya untuk orang awam

Pembukaan semula Padang Merbok sepenuhnya kepada orang awam,mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam mengembalikan ruang awam kepada rakyat. Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh, berkata keputusan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya rakyat sebagai ruang rekreasi, perpaduan dan keterangkuman bandar selaras dengan semangat Malaysia MADANI “Jadi hari ini ruang awam dipulangkan semula kepada rakyat dan ini merupakan satu langkah […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.