Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan pertemuan dengan platform media sosial X Rabu depan, bagi membincangkan isu keselamatan dalam talian, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Menurut Fahmi, perbincangan termasuk aplikasi kecerdasan buatan (AI) Grok, serta kebimbangan mengenai potensi penyalahgunaan Grok, terutamanya dalam menjana kandungan pornografi dan lucah yang melanggar undang-undang negara. “Bagi […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Solat bukan sekadar ibadah rutin biasa, tetapi juga sarat dengan makna serta dampak atau kesan mendalam kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam peristiwa agung Israk Mikraj, Rasulullah SAW menerima secara langsung perintah solat lima waktu sebagai satu ibadah yang penting dalam kehidupan setiap umat Islam. Anwar turut merujuk pemikiran […]
Kementerian Komunikasi sedang meneliti kewajaran untuk menyemak semula penetapan jumlah pengguna bagi setiap platform media sosial di Malaysia yang dianggap berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)]. Bermula 1 Januari lepas, semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai 8 juta atau lebih pengguna di Malaysia dianggap berdaftar sebagai pemegang lesen […]
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang dipecat tiga tahun lalu, kembali buat kali pertama ke Perhimpunan Agong Pemuda UMNO mengundang sorakan gemuruh. Kemunculan semula Khairy atau lebih mesra dipanggil KJ menguatkan spekulasi beliau akan mengisi borang menyertai semula UMNO. Kehadiran menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden UMNO itu menarik […]
Kerajaan akan terus memastikan kebebasan berkarya dipelihara agar penggiat seni dapat menghasilkan karya yang lebih berani, berkualiti dan bermakna untuk masyarakat serta negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif Skop Productions, Datuk Yusof Haslam di pejabatnya di sini, hari ini. Menurut Anwar, pertemuan itu membincangkan […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah berhubung dengan pihak X agar satu pertemuan dapat diadakan minggu hadapan berkaitan sekatan sementara fungsi Grok di aplikasi berkenaan. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata beberapa perkara perlu disahkan terlebih dahulu sebelum pertemuan itu berjalan dan pihak MCMC masih menantikan perkembangan lanjut. “Setakat 10 pagi tadi, pihak MCMC […]
Syarikat utiliti milik kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian tenaga selama dua tahun untuk menyalurkan elektrik dari Laos ke Singapura. Langkah itu sekali gus menyambung semula perjanjian perdagangan tenaga pelbagai hala Asia Tenggara yang tertangguh sejak 2024. Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam pemfailan bursa pada 14 Januari berkata, Perjanjian Penyaluran Tenaga Fasa 2, merupakan sebahagian daripada […]
Penulis blog warga asing Murray Hunter mengemukakan permohonan maaf secara terbuka serta menarik balik sepenuhnya beberapa artikel dan kenyataan yang diterbitkannya sebelum ini berkaitan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Menerusi dokumen Public Apology and Retraction bertarikh 13 Januari 2026, Hunter mengakui bahawa komen serta penulisannya yang diterbitkan melalui platform Substack, Eurasia Review dan akaun […]
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyambut baik kunjungan hormat wakil Majlis Media Malaysia (MMC) ke pejabatnya, semalam. Menerusi hantaran di Facebook, Fahmi berkata, delegasi berkenaan turut mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching. “Terima kasih MMC singgah ke pejabat untuk bertemu saya dan Timbalan Menteri,” katanya. Turut hadir, Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Media […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap platform media sosial, X Corp (dahulunya Twitter) dan xAI LLC. MCMC dalam kenyataan menegaskan tindakan itu berhubung kegagalan X memastikan keselamatan pengguna di Malaysia berkaitan penggunaan Grok. Menurut MCMC, pihaknya telah melantik peguam cara dengan prosiding undang-undang akan dimulakan dalam […]









