Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon popular era 80-an, Mohd Latiff Ismail yang meninggal dunia hari ini. Beliau berkata pemergian allahyarham, yang lebih dikenali sebagai Isma Aliff, merupakan satu kehilangan besar kepada industri hiburan tanah air. “Perginya seorang lagi penghibur yang pernah mewarnai dunia hiburan negara. Semoga keluarga […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Polis menerima 45 laporan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen yang membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya, dengan sembilan individu telah memberi kenyataan bagi membantu siasatan. Antara yang dipanggil termasuk daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata kertas siasatan dibuka […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyita sebanyak 10,112 peralatan komunikasi yang tidak diperakui dan gagal mematuhi piawaian teknikal dalam satu operasi penguatkuasaan besar-besaran di sekitar Klang dan Petaling Jaya baru-baru ini. Operasi pemeriksaan Op Optik itu dilaksanakan hasil risikan serta kerjasama strategik antara MCMC dan SIRIM, membabitkan seramai 69 pegawai dan mengambil masa selama […]
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan Amerika akan “mengendalikan” Venezuela buat sementara waktu sehingga satu “peralihan yang selamat, wajar dan berhemah” dapat dilaksanakan. Kenyataan itu dibuat selepas pasukan Amerika menahan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, dalam satu operasi ketenteraan yang jarang berlaku dan membawanya ke New York untuk berdepan pertuduhan berkaitan dadah dan senjata. Serangan dan […]
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 17 pengarah syarikat kerana disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat. SPRM dalam satu hantaran rasminya memberitahu, perintah reman selama lima hari sehingga Sabtu ini dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat agensi tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa. “Semua suspek yang terdiri daripada […]
Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan hala tuju dan garis pelaksanaan yang jelas terhadap dasar kerajaan, sekali gus memberi keyakinan kepada sektor perniagaan dan pendidikan. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pendekatan kerajaan yang menumpukan pelaksanaan dasar secara tersusun dapat dilihat menerusi langkah mempermudah proses melibatkan kontraktor G1 hingga G4. Selain itu, kejelasan […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi, dalam satu pertemuan rasmi pada Isnin. Menurut Anwar, perbincangan menekankan kepentingan Masjidil Aqsa dan masa depan Al-Quds. “Saya turut berkongsi inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan MADANI bagi terus menyokong usaha pembebasan Masjidil Aqsa. “Imam Sheikh Ali […]
Inisiatif Gula Rahmah yang dilaksanakan di bawah Program Jualan Rahmah MADANI bukan sahaja membantu meringankan kos sara hidup rakyat, malah turut menyumbang kepada penjimatan perbelanjaan kerajaan apabila ia dijual tanpa sebarang insentif atau subsidi kerajaan. Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh setakat ini, Gula Rahmah hanya […]
Tahukan anda… seramai 9,296 individu menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud sepanjang Januari hingga November 2025 dengan jumlah kerugian mencecah RM1.37 bilion. Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia, statistik menunjukkan golongan berusia 31 hingga 40 tahun paling ramai menjadi sasaran, membuktikan penjenayah siber menyasarkan individu produktif yang aktif berurusan secara digital. “Orang ramai […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terharu sambutan luar biasa oleh rakyat Malaysia dan pelancong asing terhadap peluncuran Projek Inovasi Pencahayaan ke arah Kelestarian Bandar (I LITE YOU) bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026, malam tadi. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu membuktikan bahawa usaha memperindah Kuala Lumpur berupaya memperkukuh daya tarikan Malaysia di […]










