Kerajaan tidak bercadang untuk menggantikan subsidi bahan api di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada rebat tunai. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah itu dibimbangi boleh mengubah tujuan asal BUDI95 serta menjejaskan keberkesanan penyasaran subsidi kepada kumpulan yang masih bergantung kepada bahan api sebagai keperluan harian dan sumber pendapatan. “Buat […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 22 Disember ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata inisiatif yang diusahakan oleh Malaysia dan ASEAN itu bertujuan mengendurkan ketegangan serta mengelakkan sebarang peningkatan konflik di sepanjang sempadan Thailand – Kemboja. Menurut Anwar, mesyuarat itu […]
Kalau dah rezeki tidak ke mana… Aktivis yang memperjuangkan kes kematian pelajar Tingkatan Satu di Sabah, Zara Qairina Mahathir iaitu Ustazah Marhamah Rosli, dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pelantikan Marhamah, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media khas pada Selasa. Marhamah, menggantikan Dr Zulkifli Hasan yang dilantik sebagai […]
Inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk melindungi kanak-kanak dan keluarga di persekitaran alam siber disambut baik oleh Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Dalam satu kenyataan pada Selasa, OCC menegaskan langkah MCMC mengikut seksyen 46A baharu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Peruntukan Deeming) bertepatan dengan Akta Kanak-Kanak 2001 […]
Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) yang ditubuhkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak dapat mengesahkan individu yang bertanggungjawab dalam kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Perkara itu dirumuskan dalam laporan siasatan IIC yang menyiasat isu berkenaan dengan jawatankuasa terbabit dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif. Laporan siasatan IIC setebal 59 […]
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kertas siasatan berhubung insiden tembakan membabitkan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka telah dirujuk dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, hasil penelitian, AGC bersetuju dengan syor PDRM dan menuntut supaya siasatan diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh di bawah […]
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN bagi menilai situasi semasa di rantau ini terutamanya berkaitan ketegangan antara Thailand – Kemboja yang dijadualkan esok ditangguhkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan keputusan itu diambil selepas kedua-dua negara tersebut meminta ruang bagi memperkemaskan persediaan dan memastikan proses rundingan dapat berjalan dengan lebih teratur serta berkesan. “Kemboja dan […]
Pelaksanaan Peruntukan Deeming di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bermula 1 Januari 2026 menerima reaksi positif daripada orang ramai, khususnya dalam usaha memperkukuh keselamatan dalam talian. Peruntukan tersebut mewajibkan penyedia perkhidmatan pesanan internet dan platform media sosial berskala besar dianggap berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas […]
Keupayaan Malaysia mengurus kepelbagaian kaum, agama serta serantau yang rumit berjaya meletakkan negara sebagai kuasa penstabil di peringkat serantau. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan Malaysia kekal sebagai antara negara paling aman di dunia. “Walaupun mempunyai kerumitan dari aspirasi serantau, kaum serta agama, Malaysia tergolong satu daripada negara paling aman di dunia,”katanya ketika […]
Kempen Internet Selamat wajar diperluas, berikutan peningkatan jenayah digital yang semakin canggih. Menurut Editor Pusat Media dan Perhubungan Awam serta Pensyarah Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia, Dr Miharaini Md Ghani, kempen tersebut sangat relevan terutama selepas kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI). “Keselamatan digital bukan hanya bergantung kepada teknologi, tetapi juga tahap kewaspadaan pengguna,” katanya […]










