Category Archives: TAHUKAH ANDA

Konvensyen Amanah tegang, perwakilan desak usul pemilihan parti dibahaskan

Suasana hari kedua Konvensyen Nasional Parti Amanah menjadi kecoh apabila beberapa perwakilan mendesak supaya isu sama ada pemilihan parti ditangguhkan tahun depan, dibahaskan segera. Keadaan menjadi tegang apabila tiga perwakilan tampil ke mikrofon bagi menyuarakan ketidakpuasan terhadap keputusan pimpinan yang tidak membenarkan isu itu dibahaskan. Pengerusi persidangan, Azhar Abdul Shukur berulang kali cuba menenangkan suasana […]

Lebih 10,000 kes cerai di Selangor tahun ini… tertinggi di Malaysia

Tahukah anda… Selangor merekodkan jumlah kes perceraian pasangan Islam tertinggi di Malaysia bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, dengan 10,774 kes dilaporkan sehingga September. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syarie Malaysia (JKSM), secara keseluruhan sebanyak 53,245 pasangan Islam di seluruh negara disahkan bercerai oleh Mahkamah Syariah dalam tempoh berkenaan. Datuk Mohd Amran Mat Zain […]

Belanjawan 2026 lulus peringkat dasar

Persidangan Dewan Rakyat minggu kelima menyaksikan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026 diluluskan pada peringkat dasar selepas dibahaskan bermula 13 Oktober lepas. RUU itu yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada 10 Oktober diluluskan menerusi undi belah bahagian yang menyaksikan 120 Ahli Parlimen bersetuju, 67 tidak bersetuju dan 35 […]

AGC fail keputusan terhadap bayaran ganti rugi kehilangan Amri, Raymod Koh

Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan rayuan keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintah kerajaan bayar ganti rugi kepada isteri Amri Che Mat dan keluarga Pastor Raymond Koh. “Setelah meneliti dan mempertimbangkan keputusan Yang Arif Hakim, Jabatan ini akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut,” katanya dalam dua kenyataan berasingan pada Rabu. Sebelum ini […]

Rakyat Amerika berkumpul dalam himpunan ‘Turun Trump’

Setahun pemerintahan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump disambut dengan tunjuk perasaan Penunjuk bertemakan “Trump Must Go Now.” Mereka membawa pelbagai sepanduk dengan mesej menuntut peletakan jawatan Trump ketika berkumpul berhampiran National Mall sebelum berarak menuju ke Capitol. “Kita perlukan tindakan berterusan, kehadiran berterusan dan ketidakpatuhan sivil secara konsisten di Capitol. Bangunan ini sepatutnya sentiasa mencerminkan […]

FAM perlu keajaiban untuk menang kes tujuh pemain warisan di CAS

Tahukah anda daripada 54 kes yang dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) melawan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), badan bolasepak dunia itu menang kesemua sekali. Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Christopher Raj menyifatkan sesuatu yang ajaib sekiranya FAM berjaya memenangi kes tersebut di CAS, selepas hukuman diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FIFA dan kemudian dikekalkan Jawatankuasa Rayuan […]

Malaysia, PM Anwar dipuji Sarjana Rusia cekap kendalikan Sidang Kemuncak ASEAN

Kecekapan Malaysia mengendalikan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan sidang berkaitan baru-baru ini mendapat pujian meluas daripada pemimpin dan tokoh antarabangsa, termasuk Profesor Victor Pogadaev, sarjana Rusia yang fasih berbahasa Melayu. Pogadaev menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja sebagai tokoh politik, tetapi juga sebagai negarawan, ilmuwan dan pemimpin beradab tinggi. Beliau turut mengagumi […]

KBS hati-hati dalam tindakan… elak FAM digantung FIFA

Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak… itulah ibarat yang dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) menangani isu tujuh pemain warisan Harimau Melaya. Dalam masa terdekat, PJS akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Siasatan Bebas dalam menyiasat isu dokumentasi tersebut. Menterinya Hannah Yeoh berkata, hasil siasatan akan […]

98 peratus penerima SARA beli barang asas, belanja RM3.66 bilion

Sebanyak 98 peratus penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan asas dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM3.66 bilion berdasarkan data yang terkumpul sehingga semalam. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata semua penerima SARA di Perlis, Sabah, Kelantan, Terengganu dan Kedah telah membuat pembelian keperluan asas melalui inisiatif terbabit. “Setakat […]

Harga Pas Perjalanan BAS.MY diturunkan dari RM50 ke RM30

Satu lagi inisiatif kerajaan MADANI untuk rakyat Malaysia… Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan harga Pas Perjalanan BAS.MY diturunkan daripada RM50 kepada RM30, berkuat kuasa serta merta. Penetapan itu bagi membolehkan rakyat menikmati perjalanan tanpa had, seterusnya mendorong lebih ramai pengguna. Anthony berkata inisiatif berkenaan khusus untuk warga Malaysia, manakala warga asing perlu membayar harga penuh, […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.