Tahukah anda… siasatan yang dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mendedahkan penyeludup petrol ke negara Thailand meraih keuntungan kira-kira RM3 seliter. Pengarahnya, Azman Ismail, berkata keuntungan lumayan itu antara faktor utama kegiatan penyeludupan terus berlaku walaupun kawalan ketat sentiasa dipertingkat. Menurutnya, tinjauan pihaknya di selatan Thailand baru-baru ini mendapati harga […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara hujung bulan ini bukan keputusan eksklusif Malaysia sebagai tuan rumah, sebaliknya konsensus semua negara anggota, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Jelas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, jemputan dibuat secara rasional, kerana Malaysia selaku Pengerusi ASEAN […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad sempat berinteraksi dengan aktivis Malaysia di Istanbul bagi menanyakan khabar mereka sebaik dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis. Menerusi panggilan video yang dikongsi di Facebook, beliau menzahirkan penghargaan atas keberanian, kecekalan, dan pengorbanan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) berkenaan dalam memperjuangkan nasib rakyat Gaza yang terus dizalimi. Menurut […]
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petaling muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 Tahun Sekolah-Sekolah Parlimen Lembah Pantai, Piala Datuk Fahmi Fadzil selepas menumpaskan SMK Bangsar 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di padang SMK Seri Pantai, hari ini. Kejohanan edisi sulung anjuran Kampung Kerinchi Football Club itu mendapat sokongan penuh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, […]
Keanggotaan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan sendirinya tamat selepas kedua-dua parti itu memutuskan untuk bertanding menggunakan lambang masing-masing pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN-17) akan datang. Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Presiden GRS yang […]
Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengesahkan peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan tentera Israel mula tiba di pelabuhan Ashdod, Israel pada Khamis. Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia itu berkata, pasukan peguam GSF telah mula menghubungi mereka bagi menyediakan khidmat guaman. “Insya-Allah, wira dan wirawati Sumud yang ditangkap sudah mula sampai ke […]
Lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak Asean ke-47 pada bulan ini tidak bermaksud Malaysia berkompromi atau melupakan perjuangan rakyat Palestin. Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata lawatan itu sebaliknya membuka peluang penting untuk Malaysia menggunakan platform Asean bagi menyampaikan mesej kepada Trump […]
Selepas enam tahun berlalu akhirnya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong menerima padahnya dalam kes merogol pembantu rumahnya. Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan di Putrajaya diketuai Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada Rabu menolak rayuan akhir Paul, 55, untuk mengetepikan sabitan bersalah dan hukuman penjara […]
Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11(1) melakar sejarah apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025 kategori Sokongan Kehidupan Sihat. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menyifatkan, kemenangan tersebut pastinya menjadi sumber inspirasi buat semua dalam memartabatkan pendidikan negara. Menurut beliau, kejayaan itu lebih bermakna kerana ia didorong inovasi aplikasi mudah alih HELPIE. Ia merupakan hasil […]
Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelak akan menjadi medan penting bagi memastikan ruang dialog kekal sebagai antara aparat utama dalam menjamin keamanan dan pembukaan laluan bantuan kemanusiaan yang lebih besar untuk rakyat Gaza. Pertemuan itu juga menurut Perdana Menteri, akan menjadi ruang untuk suara keadilan dan keamanan dilonjak […]










