Category Archives: TAHUKAH ANDA

Klang bersiap sambut tetamu Pernikahan Diraja Raja Muda Selangor

Lebih 2,000 rakyat dijangka menyaksikan perarakan sempena Istiadat Pernikahan Diraja, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bersama pasangan Baginda, Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, Khamis ini. Menurut Datuk Bandar Klang, Datuk Abd Hamid Hussain, selain rakyat Selangor khususnya kawasan Klang, semua sembilan pihak berkuasa tempatan (PBT) di […]

PM terima undangan sampaikan syarahan di Universiti Oxford

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima undangan daripada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) bagi mengadakan lawatan serta menyampaikan syarahan di Universiti Oxford pada masa yang bersesuaian. Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri berkata undangan itu diterima beliau hari ini semasa menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pemegang Amanah OCIS di Putrajaya. Jelas Perdana Menteri, delegasi […]

MCMC ketuai perbincangan bendung jenayah siber di Singapura

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengetuai delegasi ke Singapura minggu hadapan bagi mengadakan perbincangan teknikal dengan platform media sosial antarabangsa mengenai mekanisme menangani jenayah siber. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perbincangan itu akan memfokuskan keperluan pelaksanaan pengesahan elektronik Know-Your-Customer (eKYC) menggunakan MyKad, pasport atau MyDigital ID bagi menyekat penjenayah siber daripada menyalahgunakan […]

USM dinobat universiti nombor satu dunia menerusi tiga SDG – Kementerian Pengajian Tinggi

Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai universiti nombor satu dunia dalam tiga Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) berdasarkan Times Higher Education (THE) Impact Rankings. Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tiga SDG yang diterajui USM ialah tiada kemiskinan, keamanan, keadilan, dan institusi teguh serta kerjasama demi matlamat. “SGD 1 menekankan usaha menghapuskan kemiskinan dalam […]

Pemain warisan adalah rakyat Malaysia yang sah… – FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang menunggu keputusan penghakiman penuh daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum mengemukakan rayuan mengikut proses dan lunas undang-undang sedia ada. Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata,FAM telah mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran. “FAM mengambil serius perkara ini. Walau bagaimanapun FAM […]

Penggunaan MyKad tebus SARA berkesan… 13 juta dah belanja lebih RM1 bilion

Tahukah anda… sejak diperkenalkan hujung Ogos lalu, hampir 13 juta warga Malaysia yang layak telah menebus bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) untuk membeli barangan keperluan membabitkan perbelanjaan berjumlah RM1 bilion. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, inisiatif itu sangat membantu kumpulan isi rumah B40, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman. […]

Australia, New Zealand rakan ekonomi paling penting ASEAN

ASEAN menegaskan Australia dan New Zealand kekal sebagai antara rakan ekonomi paling penting bagi blok serantau itu, khususnya dalam bidang pelaburan dan perdagangan. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, hubungan yang terjalin sejak hampir 50 tahun lalu mencerminkan kedalaman kerjasama serta kepercayaan yang dibina antara pihak terbabit. “Dalam suasana […]

Potongan daging dipercayai babi dihantar ke masjid-masjid di Singapura

Polis meningkatkan rondaan di masjid dan memantau rapi keadaan selepas beberapa rumah ibadat Islam di negara itu menerima bungkusan potongan daging dipercayai babi, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri Singapura K. Shanmugam. Beliau berkata siasatan sedang dijalankan dan sesiapa yang bertanggungjawab akan diambil tindakan tegas. “Saya tidak mahu membuat spekulasi. Kita tidak tahu siapa yang melakukannya, […]

Fahmi ucap takziah atas pemergian pengarah filem Ejen Ali

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga pengarah filem animasi Ejen Ali, Andi Abdul Ghani Kadir yang meninggal dunia pagi Rabu. Fahmi menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada industri kreatif tanah air. “Takziah kepada keluarga Allahyarham Andi Abdul Ghani Kadir, pengarah filem animasi Ejen Ali yang telah kembali ke Rahmatullah. Pemergian […]

Lesen memandu tamat tempoh lebih tiga tahun, tak layak terima subsidi RON95

Seramai 2.4 juta pemandu dalam negara termasuk warga asing tidak layak menerima subsidi petrol RON95 secara automatik menerusi program Budi MADANI RON95 atau Budi95 kerana gagal memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh lebih daripada tiga tahun. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, jumlah berkenaan dikira berada dalam status tidak aktif dengan 1.4 juta telah tidak […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.