Category Archives: TAHUKAH ANDA

Ahli Parlimen dakwa Ketua Polis Kelantan salah faham undang-undang rogol

Cadangan Ketua Polis Kelantan supaya gadis bawah umur yang terlibat dalam kes rogol statutori turut didakwa menunjukkan salah faham serius terhadap undang-undang jenayah seksual, kata Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah. Puah berkata, menurut kanun keseksaan, hubungan seksual dengan gadis bawah umur 16 tahun tetap dikira sebagai rogol, walaupun dengan ‘persetujuan’ mangsa. Menurutnya, undang-undang ini wujud […]

PETRONAS Gas sahkan kejadian saluran paip gas bocor di Kerteh

PETRONAS Gas Berhad (PGB) mengesahkan kejadian kebocoran gas pada saluran paip berhampiran Kampung Chabang, Kerteh, pagi semalam. “Kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.50 pagi dan berada dalam keadaan terkawal manakala lokasi kejadian itu jauh dari laluan serta penempatan penduduk. “Pemantauan secara berterusan sedang dijalankan sementara saluran paip yang terlibat telah diasingkan,” maklum PGB dalam kenyataan […]

Program Satelit MADANI bantu komuniti luar bandar

Program Satelit MADANI terus memberi manfaat besar kepada masyarakat, termasuk komuniti Orang Asli yang tinggal di kawasan pinggir bandar dan pedalaman. Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik) Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud berkata, penganjuran program itu membolehkan penduduk luar bandar menikmati pelbagai inisiatif kerajaan secara langsung, termasuk Jualan Rahmah serta perkhidmatan daripada […]

Denda media silap Jalur Gemilang RM100,000… Kebebasan datang dengan amanah

Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan denda RM100,000 masing-masing terhadap Sin Chew Daily dan Sinar Harian tidak boleh dilihat sebagai usaha mengekang kebebasan media, sebaliknya langkah perlu bagi menegakkan tanggungjawab dan etika kewartawanan. Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu, Asheeq Ali Sethi Alivi menegaskan, kebimbangan segelintir pihak termasuk wartawan veteran Tan Sri […]

Tuisyen ‘online’ percuma untuk pelajar mangsa banjir di Sabah

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menawarkan kelas tuisyen atas talian secara percuma untuk semua pelajar sekolah menengah Sabah yang terjejas akibat banjir di negeri itu. Menurut Ketua Pejabat NADI Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Mohd Arif Adenan berkata, program di bawah inisiatif Digital Learning dan juga e-Kelas itu banyak membantu pelajar khususnya kumpulan B40 […]

Kempen Internet Selamat, wujudkan ruang digital yang inklusif

Kempen Internet Selamat merupakan antara usaha Kerajaan Madani bagi membendung isu keselamatan digital termasuk penipuan dalam talian, judi digital, kandungan seksual kanak-kanak serta penyalahgunaan media sosial. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, inisiatif berkenaan mampu mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan inklusif, sekali gus menyumbang kepada kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. “Marilah kita mainkan […]

100,000 kenderaan pengangkutan, barangan layak subsidi RON95

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganggarkan 100,000 kenderaan syarikat pengangkutan darat awam dan barangan di seluruh negara layak membuat permohonan pendaftaran menerusi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) bagi menikmati manfaat subsidi petrol RON95. Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, anggaran tersebut dibuat berdasarkan data SKPS diintegrasikan bersama sistem Jabatan Pengangkutan Jalan […]

Banjir memburuk… Kakitangan Sabah Electricity hanyut ketika seberang jambatan

Kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi jambatan yang dilanda banjir di Kampung Nuntunan Apin-apin, malam tadi. Difahamkan, mangsa lelaki berusia 30-an bersama dua rakannya sebelum itu melakukan kerja-kerja di pencawang berhampiran jambatan gantung. Mereka kemudian cuba melintas jambatan simen di kawasan berkenaan, namun tiba-tiba arus deras melanda […]

Wayang pacak tarik minat anak muda terhadap filem tempatan – Fahmi

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan sokongan Kementerian Komunikasi menganjurkan tayangan wayang pacak bagi mendekatkan generasi muda dengan filem tempatan sekali gus mengeratkan hubungan masyarakat. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penganjuran program sebegitu penting khususnya di kawasan kampung kerana bukan sahaja memberikan hiburan, malah dapat menarik minat generasi muda terhadap karya tempatan. “Saya […]

Wanita rugi RM5juta akibat pelaburan palsu

Polis sedang menyiasat satu kes penipuan pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang mengakibatkan kerugian melebihi RM5 juta. Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin dalam kenyataan berkata, mangsa merupakan seorang wanita berusia lingkungan 60-an yang bekerja dalam bidang profesional, dipercayai diperdaya melalui platform pelaburan dikenali sebagai ELTFV. “Mangsa diperkenalkan mengenai platform ini menerusi media […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.