Hujan lebat serta ribut petir tengah malam Ahad membawa kepada awal pagi Isnin menyebabkan beberapa kejadian kepala air di kawasan perkhemahan di Perak dan Selangor. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kira-kira 400 orang berdepan detik cemas apabila terperangkap susulan kejadian kepala air di tapak perkhemahan Ali River Campsite, Kuala Kubu […]
Category Archives: TAHUKAH ANDA
Sebanyak 39 buah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) baharu telah dibangunkan oleh Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Pulau Pinang, selain tiga NADI sedia ada, menjadikan keseluruhannya 42 buah NADI di seluruh negeri itu untuk manfaat rakyat. MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, hingga Mei tahun ini, NADI di Pulau Pinang […]
Hospital Bukit Mertajam (HBM) mencatat sejarah apabila meraih Anugerah Emas bagi kategori Hospital Paling Lestari (Most Sustainable Hospital) di Anugerah Hospital Management Asia (HMA) 2025, sekali gus menjadi hospital awam pertama negara yang menerima pengiktirafan berprestij itu. Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, anugerah tersebut diterima pada majlis anugerah dan […]
Operasi pengosongan rumah di Kampung Sungai Baru di sini hari ini, dibuat mengikut undang-undang dan arahan mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa. Dr Zaliha berkata keputusan itu bukan dibuat sendiri oleh kerajaan sebaliknya merupakan hasil proses perundangan yang telah diputuskan oleh mahkamah dan wajib dipatuhi. “Keputusan ini […]
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis meluluskan permohonan injunksi larangan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap Telegram Messenger Inc berhubung dua saluran yang didakwa menyebarkan kandungan menyalahi undang-undang, iaitu Edisi Siasat dan Edisi Khas. Menurut peguam mewakili MCMC, S. N. Nair, keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahazan Mat Taib selepas meneliti permohonan suruhanjaya […]
Mahkamah Koroner pagi Khamis mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha bagi sesi locus in quo, iaitu prosiding luar mahkamah berhubung inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Lawatan yang memasuki hari keenam prosiding inkues itu diketuai Koroner Amir Shah Amir Hassan, bersama beberapa peguam pendakwaan dan peguam mewakili keluarga mangsa. Mereka […]
Bekas Ketua MIC Bahagian Puchong, Awtar Singh membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya dalam satu video di TikTok pada 17 April lepas yang menyentuh reputasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Salim Fateh Din. Dalam satu video yang dimuat naik di akaun TikToknya, Awtar berkata, beliau kesal dengan tuduhan […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar semua lawatan menteri-menteri ke luar negara dihentikan sementara, serta-merta. Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan itu berkuatkuasa serta-merta kecuali bagi mesyuarat-mesyuarat berjadual atau perkara yang diberi pertimbangan khusus oleh jemaah menteri. Katanya, arahan itu adalah bagi memastikan semua menteri memberi fokus […]
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel di Doha yang disifatkan sebagai pelanggaran kedaulatan Qatar dan pencabulan serius undang-undang antarabangsa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan di Facebook rasminya berkata, tindakan agresif itu membahayakan nyawa orang awam, menyerang pusat ibu kota berdaulat serta berisiko memburukkan lagi keadaan di rantau yang sedia tegang. “Dengan menyasarkan […]
Sarawak berharap langkah sewajarnya diambil bagi melindungi fasiliti gas asli cecair (LNG) di Bintulu daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkara perkara itu penting bagi melindungi aset strategik negara. “kita berharap langkah sewajarnya dapat diambil jika terdapat sebarang ancaman, untuk melindungi aset kita dan kita akan mendapatkan maklumat […]










