Category Archives: TAHUKAH ANDA

Anutin Charnvirakul PM baru Thailand

Ketua Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul dipilih sebagai perdana menteri baharu Thailand selepas memperoleh undi majoriti di Parlimen pada Jumaat. Ahli politik veteran berusia 58 tahun itu, yang mendapat sokongan oleh gabungan pimpinan Bhumjaithai dan parti pembangkang Parti Rakyat, menewaskan calon Parti Pheu Thai, Chaikasem Nitisiri dalam undian melibatkan 490 ahli, dengan memperoleh 311 undi berbanding […]

Hayati ajaran Rasulullah bentuk masyarakat unggul – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam menjadikan teladan Rasulullah SAW sebagai panduan dalam usaha membina bangsa dan negara yang berteraskan nilai kemanusiaan serta keadilan. Menurutnya, sosok Rasulullah SAW bukan sekadar peribadi unggul, malah simbol perpaduan dan kepimpinan, khususnya ketika membangunkan masyarakat di Madinah yang berasaskan nilai tauhid, keilmuan, akhlak dan kedaulatan hukum. […]

Indonesia umum bantuan untuk mangsa terkorban, cedera semasa demo

Kerajaan Indonesia mengumumkan bantuan kewangan kepada mangsa yang terkorban dan cedera dalam siri demonstrasi hujung Ogos lalu, lapor portal Tempo. Menteri Sosial, Saifullah Yusuf berkata, setiap keluarga mangsa yang maut akan menerima 15 juta rupiah (kira-kira RM4,350). Manakala, mangsa yang parah pula akan menerima lima juta rupiah (kira-kira RM1,450). Katanya, bantuan itu diagihkan menerusi program […]

Kementerian Komunikasi tidak puas hati dengan sikap pengurusan Tik Tok

Kementerian Komunikasi tidak berpuas hati dengan sikap pengurusan TikTok yang dianggap tidak serius menangani isu berhubung aplikasi dalam talian itu. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata, pihak TikTok dilihat gagal menangani isu terutama masalah penipuan dan buli siber. “Isu yang kami bangkitkan berkenaan dengan aspek keselamatan dalam talian, saya meminta supaya pasukan TikTok, Polis Diraja […]

Sistem pulih… pembayaran SARA lancar, catat RM117.1 juta jualan hari keempat

Pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memasuki hari keempat hari ini berjalan lancar dengan rekod jualan sebanyak RM117.1 juta, melibatkan 1.8 juta penerima di seluruh negara. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), jumlah itu meningkat berbanding hanya RM76.8 juta oleh 1.1 juta penerima pada 2 September. “Kadar transaksi berjaya juga meningkat kepada 99.7 peratus berbanding […]

Anwar kongsi detik santai bertemu Kim Jong Un

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara kebetulan bertemu pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, semasa menghadiri perarakan memperingati ulang tahun kebangkitan rakyat China dan penamatan Perang Dunia Kedua di Dataran Tian’anmen, Beijing, hari ini. Gambar pertemuan itu dikongsikan beliau di laman sosial Facebook miliknya. Terdahulu, Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan […]

Polis Indonesia langgar mati pemandu grab hingga cetus rusuhan ganas dipecat

Ketua kepada tujuh anggota polis Indonesia yang berada dalam truk polis yang melanggar mati seorang pemandu Grab yang kemudiannya mencetutkan demonstrasi ganas di republik itu dipecat daripada pasukan keselamatan pada Rabu. Komisaris Polisi (Kompol) Cosmas Kaju Gae, yang terbabit dalam insiden melanggar pemandu Grab, Affan Kurniawan hingga maut di tapak rusuhan minggu lalu, dikenakan tindakan […]

Zainani Jusoh diumumkan Akauntan Negara yang baharu

Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Zainani Jusoh dilantik sebagai Akauntan Negara yang baharu berkuat kuasa 3 September. Pelantikan Zainani itu diumumkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dalam kenyataan hari ini bagi menggantikan Datuk Nor Yati Ahmad yang bersara wajib hari ini. “Surat pelantikan Zainani sebagai Akauntan Negara telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul […]

Jurang pendapatan antara kaya dan miskin penyebab utama demo Indonesia

Jurang pendapatan antara orang kaya dan miskin adalah antara dua punca utama gelombang demonstrasi yang melanda Indonesia sejak akhir Ogos dan mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang sehingga Rabu. Selain daripada tekanan ekonomi, rakyat negera itu juga semakin hilang kepercayaan terhadap kerajaan yang dipimpin Presiden Probowo Subianto. Menurut Peneliti kanan Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS), Deni […]

Doktor palsu kes Zara Qairina akan didakwa di mahkamah

Lelaki yang menyamar sebagai doktor dan mendakwa terbabit dalam proses bedah siasat ke atas kematian remaja perempuan berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, akan dihadapkan ke mahkamah. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, individu terbabit disahkan seorang doktor palsu. “Doktor itu palsu. Dia akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya pada Persidangan Grand Prix Kecerdasan Buatan (AI) […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.