Category Archives: TAHUKAH ANDA

Cuepacs minta bantuan khas kewangan… bagi alasan meringankan beban sambut hari raya

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam bagi meringankan beban mereka menyambut perayaan itu. Presiden Cuepacs Datuk Dr Adnan Mat berkata pihaknya berharap agar kerajaan meneruskan tradisi pemberian bantuan itu, yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas. “Kami memahami bahawa penjawat awam baru […]

Perhimpunan Agung UMNO pada 20 hingga 23 Ogos ini

Perhimpunan Agung UMNO tahun ini akan berlangsung 20 hingga 23 Ogos ini. Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki beritahu menerusi satu kenyataan Rabu Mesyuarat UMNO bahagian akan berlangsung pada 9 Jun hingga 27 Julai. Persidangan UMNO cawangan akan berlangsung dari 7 April hingga 25 Mei ini. Dalam kenyataan itu , Asyraf juga berkata, UMNO memandang […]

Ketua Polis dakwa isu 3R boleh diperalatkan untuk musnahkan negara…

Isu 3R iaitu raja, agama dan kaum boleh diumpamakan sebagai ‘strategi perang baharu’ yang boleh memusnahkan negara dengan hanya melalui hujung jari. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata isu 3R yang mempunyai niat jahat jelas boleh diperalatkan untuk menimbulkan suasana tegang dalam kalangan masyarakat. “Isu sebegini boleh menggugat keamanan negara, ketenteraman awam, kesejahteraan […]

Awas video pelaburan deepfake guna imej PM Anwar

Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan ditular di media sosial sejak 2024. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata semua video berkenaan dikesan memaparkan ahli politik dan wakil syarikat ternama dengan video terbaru memaparkan Presiden Amerika Syarikat, […]

Pendapatan ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun

Seorang Ahli Parlimen layak menerima elaun tetap sebanyak RM25,700 sebulan, selain elaun dan tuntutan lain yang ditetapkan mengikut kelayakan, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO). PMO dalam satu kenyataan pada Selasa menjelaskan perkara itu susulan dakwaan sesetengah pihak, khususnya Ahli Parlimen sendiri, yang mendakwa pendapatan mereka terlalu rendah sehingga terpaksa berhutang untuk menampung kehidupan seharian. Menurut […]

Perkembangan terbaru siasatan SPRM keatas kes Ismail Sabri

Siasatan SPRM keatas kes rasuah dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang rancak berjalan sementara menanti bekas Perdana Menteri ke 9 itu beri keterangan lanjut setelah selesai cuti sakitnya pada Rabu. Ikut laporan media beliau dijadual beri keterangan berkenaan pada Khamis ini. Sebelum ini Ismail Sabri telah memberikan keterangan […]

KEMASKINI: Bakal dapat balik peruntukkan Ahli Parlimen : Syed Saddiq ucap terima kasih kepada PM dan TPM…

Setelah melalui tekanan dari segi kewangan untuk membantu rakyat di kawasan Muar yang diwakilinya,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman boleh menarik nafas lega masalah itu bakal berakhir tidak lama lagi. Ini ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof kelmarin mengenai status draf perjanjian antara beliau dan kerajaan untuk menerima dana wakil rakyat kini berada […]

Taklimat harian PMO: PM ulas dakwaan dan fitnah isu Akta PSB dan azan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin meminta rakyat tidak mudah terpengaruh dakwaan dan fitnah yang dimainkan pihak tertentu untuk mencetuskan kegelisahan dikalangan masyarakat. Antaranya beliau menepis dakwaan pihak yang masih memainkan isu Akta Pembaharuan Semula Bandar (Akta PSB) yang akan dibentangkan di Parlimen. Katanya undang-undang berkenaan tidak akan memaksa mana-mana pemilik rumah atau […]

Jom berbuka puasa bersama PM di Masjid Besi hari ini…

Orang ramai yang tinggal di Putrajaya dan kawasan berdekatan dijemput untuk menyertai majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang Isnin. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar, berkata, majlis anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama 13 agensi Hal Ehwal Agama Islam itu akan diadakan di […]

Hari Wanita: Titah Permaisuri Agong dan kisah PM Anwar

Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2025 kepada semua wanita di Malaysia. Dengan tema sambutan tahun ini, Wanita Beraspirasi Membina Legasi, Seri Paduka Baginda menyampaikan penghargaan kepada golongan wanita yang menjadi tunjang keluarga, masyarakat, dan negara. Seri Paduka Baginda turut menyanjung peranan wanita yang bukan sahaja […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.