Category Archives: TAHUKAH ANDA

Perintah ‘gag order’ untuk elak komen prejudis terhadap Najib…

Oooo baru tahu… rupanya menfailkan perintah larangan bersuara atau ‘gag order’ dalam kes Titah Adendum adalah demi kebaikan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. Perintah larangan bersuara itu tidak memprejudiskan Najib daripada membentangkan kesnya di mahkamah, sebaliknya bertujuan menghalang komen prejudis dan hak perbicaraan yang adil. Peguam Cara Negara Datuk Suzana Atan berkata demikan dalam […]

Malaysia usaha adakan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS

Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (AS) akan diadakan sama ada di Malaysia atau AS, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata perkara itu telah dipersetujui pada peringkat Menteri-Menteri Luar ASEAN bagi memastikan ASEAN tidak dilihat condong ke mana-mana negara. “Kita cuba mengimbangkan supaya tak condong kepada mana-mana kerana kita sudah ada Sidang Kemuncak […]

Tarif baharu elektrik ambil kira pandangan semua pihak

Kerajaan sedang memuktamadkan tarif baharu elektrik yang akan dilaksanakan bermula pada 1 Julai ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu elektrik yang akan dilaksanakan bermula pada 1 Julai ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah […]

MCMC keluar surat pelaksanaan rangkaian 5G untuk U Mobile tidak lama lagi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang dalam proses meneliti beberapa perkara akhir sebelum mengeluarkan surat bagi membolehkan U Mobile Sdn Bhd melaksanakan rangkaian 5G kedua negara. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata surat tersebut akan dikeluarkan dalam tempoh “seminggu dua ini,”. Menurut beliau Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Industri Keempat Negara (MED41R) yang dipengerusikan Perdana […]

Batu berukir puisi komunis di Semenyih… polis ambil keterangan tiga saksi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam keterangan tiga saksi berhubung isu batu yang diukir dengan wajah Pengerusi Parti Komunis China Mao Zedong bersama tulisan puisi berideologi komunisme di sebuah kawasan memorial di Semenyih, Selangor. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita warga tempatan berumur 40 tahun […]

Kerugian akibat jenayah siber lebih RM1.5 billion tahun lalu

Lebih RM1.5 bilion nilai kerugian akibat kes jenayah siber direkodkan sepanjang tahun lalu, sekali gus mencatatkan peningkatan sejak 2022. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 35,368 kes dilaporkan tahun lalu, iaitu meningkat 2.53 peratus berbanding 2023 dengan nilai kerugian berjumlah RM1,574,203,951.82. “Jumlah kes jenayah dalam […]

Projek keretapi laju KL – SG sedang dimuktamadkan

Dewan Rakyat pada Selasa diberitahu bahawa kerajaan sedang memuktamadkan parameter utama bagi cadangan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG), dengan diterajui sektor swasta. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) telah menilai tujuh cadangan konsep yang diterima daripada firma dan konsortium tempatan serta antarabangsa menerusi proses Permintaan […]

Sarawak bekal elektrik ke Filipina bermula tahun depan

Kerajaan Sarawak akan membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata tenaga elektrik itu akan dihasilkan dari loji Janakuasa Kitaran Gabungan Turbin Gas berkapasiti 500 Megawatt (MW) di Miri, serta tiga loji lain dengan kapasiti gabungan 1,500 MW di Bintulu. “Lebihan bekalan […]

Keselamatan siber: ‘Lawan api dengan api’ – Fahmi

Agensi berita diminta untuk memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) bagi menangani maklumat palsu, yang semakin teruk akibat AI dalam era media digital. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata wujud keperluan untuk ‘melawan api dengan api’, beliau menekankan bagaimana AI digunakan untuk menentang ancaman yang didorong oleh AI dalam keselamatan siber, dengan merujuk kepada organisasi seperti BlackBerry yang […]

Bank sekat hampir RM400 juta transaksi jenayah kewangan tahun lepas

Institusi perbankan menyekat transaksi berjumlah RM399 juta sepanjang 2024, membabitkan aktiviti jenayah kewangan termasuk penipuan dan akaun keldai. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata kes penipuan secara phishing dan malware yang dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) turut menunjukkan penurunan sebanyak 60 peratus bagi sembilan bulan pertama 2024. Phishing ialah kaedah penipuan bagi mendapatkan […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.