Ketidakstabilan politik yang melanda beberapa pasaran ASEAN seperti Indonesia, Thailand dan Filipina dilihat memberi kelebihan kepada negara anggota lain termasuk Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang lebih stabil. Ketua Penyelidik Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee, berkata ketegangan politik yang semakin ketara di rantau ini mendorong pengurus dana global mencari pasaran yang lebih selamat, sekali gus […]
Category Archives: SUARA PEMBACA
Sistem Matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sedia ada wajar diteruskan kerana kedua-duanya mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam sistem pendidikan negara, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan Muhammad Kamil Abdul Munim. Beliau berkata sekiranya terdapat cadangan penambahbaikan mengikut keperluan semasa, ia boleh dikemukakan kepada kerajaan khususnya kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi. “Pada […]
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan aliran trafik hingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya kendaliannya pada hari puncak 12, 13, 19 dan 20 September ini sempena cuti persekolahan dan sambutan Hari Malaysia. Sehubungan dengan itu, PLUS dalam kenyataan pada Khamis menasihatkan pengguna Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) merancang perjalanan lebih […]
Kuala Lumpur macam mana dinamakan Kuala Lumpur sedangkan kuala itu asasnya berhampiran dengan laut. Tukar nama (jadi) Ulu Lumpur ke,” Itu kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun membidas usaha sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikatakan mahu menukarkan nama Port Dickson kepada Pantai Dermaga. Ditemui wartawan selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri […]
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kesal apabila masih terdapat lori yang beroperasi menggunakan tayar haus sehingga mengundang risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya lain. Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, alasan tidak munasabah sering diberikan oleh pengusaha bagi mengelakkan tanggungjawab. “Alasan seperti ‘terlepas pandang’ atau ‘tiada modal’ sudah tidak relevan. “Pengusaha perlu bertanggungjawab […]
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata operasi gas asli cecair (LNG) syarikat itu tidak terjejas dan tiada gangguan bekalan di kemudahan LNG miliknya di Bintulu, Sarawak. Dalam satu kenyataan di sini malam ini, syarikat minyak nasional itu berkata ia mengambil maklum pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung potensi risiko keselamatan di kemudahannya di Bintulu. “Kami memandang […]
Kerajaan perlu membangunkan sistem amaran awal gempa bumi di seluruh negara melalui amaran mudah alih dan siren bagi memperoleh maklumat tepat selain mempercepat tindakan segera demi keselamatan rakyat, demikian tegas Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye. Beliau berkata, negara tidak mungkin bebas sepenuhnya daripada risiko seismik susulan beberapa siri gempa bumi […]
Penggunaan MyKad dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan mekanisme terbaik bagi memastikan tiada penyelewengan atau ketirisan dalam pembelian barangan asas, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata, kejayaan pendekatan itu terbukti melalui peningkatan konsisten dalam transaksi Penghargaan SARA sebanyak RM100 dari semasa ke semasa. “Hari ini Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa sistem stabil, manakala […]
Pandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua….begitulah halnya dengan satu sindiket penyebaran SMS palsu. Satu kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Sabtu memberitahu agensi itu telah mencapai kejayaan berkenaan hasil kerjasama pihak polis. Menurutnya berdasarkan aduan awam dan risikan, seorang individu ditahan semasa mengendalikan peralatan Fake Base Transceiver Station (Fake BTS), […]
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjelaskan laporan media mengenai lebih 100,000 unit perumahan tidak terjual di pasaran adalah kurang tepat serta tidak mencerminkan keadaan sebenar sektor hartanah negara yang kekal stabil dan terkawal. KPKT memaklumkan jumlah dalam laporan tersebut merangkumi data rumah siap tidak terjual, rumah dalam pembinaan tidak terjual dan rumah diluluskan tetapi […]










