Category Archives: SUARA PEMBACA

FOMCA dedah ancaman ‘dark patterns’ dalam langganan digital

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendedahkan semakin ramai pengguna terperangkap dalam langganan digital tanpa sedar akibat reka bentuk antaramuka pengguna (UI) yang mengelirukan atau dikenali sebagai dark patterns. Ketua Pegawai Operasinya, Nur Asyikin Aminuddin berkata, FOMCA menerima aduan melibatkan pengguna yang ‘terlanggan’ perkhidmatan berbayar hanya melalui satu klik tidak jelas pada laman sesawang. “Lebih membimbangkan, […]

Reformasi kesihatan bukan lagi pilihan, tetapi keperluan

Sistem penjagaan kesihatan yang efisien dan mesra rakyat menjadi fokus utama Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 7. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata reformasi kesihatan bukan sekadar matlamat tetapi kini menjadi satu keperluan khasnya untuk kepentingan rakyat. “Reformasi kesihatan bagi saya bukan lagi matlamat masa depan. Ia sebenarnya keperluan kita sekarang. Saya fikir […]

Subsidi telur ayam tamat esok… bekalan tidak akan terjejas

Kadar subsidi telur ayam tamat esok 1 Ogos namun Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan stabil dan mencukupi. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya sentiasa melakukan perbincangan bersama pengusaha dan pengeluar telur bagi memastikan bekalan sentiasa stabil. “Sekiranya berlaku kekurangan, terutamanya di kawasan luar bandar, kerajaan akan […]

Doa Qunut Nazilah bersifat politik cemari kesucian ibadah

Tindakan membaca doa Qunut Nazilah dalam satu perhimpunan yang menyasarkan Perdana Menteri baru-baru ini, disifatkan sebagai satu perbuatan mencemari kesucian dan tujuan sebenar ibadah dalam Islam. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesor Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil menegaskan, doa merupakan satu bentuk ibadah yang agung dan hendaklah disampaikan dengan penuh adab, […]

Kementerian Kerjaraya dan Kementerian Komunikasi akan giat usaha tambah baik liputan internet di lebuhraya

Kementerian Kerjaraya dan Kementerian Komunikasi akan mempergiatkan usaha menambah baik liputan telekomunikasi dan internet di lebuh raya. Buat masa ini liputan internet terputus-putus, panggilan terhenti separuh jalan adalah realiti yang sering dihadapi pengguna lebuh raya. Setakat ini, kira-kira 50km jajaran lebuh raya telah dikenal pasti tidak mendapat liputan telekomunikasi, termasuk di beberapa bahagian Lebuhraya PLUS,Lebuhraya […]

Perlekeh rundingan damai Thailand-Kembaja… AMK desak MP Pasir Mas minta maaf

Tatkala dunia mengiktiraf peranan Malaysia khususnya Perdana Menteri sebagai peneraju dan arkitek keamanan serantau apabila dua negara jiran kita, Thailand dan Kemboja, akhirnya bersetuju menggerakkan gencatan senjata. Namun, masih ada segelintir yang memilih untuk memperlekeh dan mempertikai usaha murni ini. Ironinya, yang memperlekeh bukan orang luar. Tetapi pembangkang di tanah air sendiri yang nampaknya lebih […]

MCMC bertindak terhadap jualan alat komunikasi yang tidak diperakui

Awas…mana mana syarikat yang membuat jualan kelengkapan alat komunikasi yang tidak diperakui secara dalam talian. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini dengan kerjasama pihak polis dalam, operasi Taring Bravo 3 sedang menyiasat sebuah syarikat yang melakukan kegiatan itu Kes ini melibatkan 3,837 alat komunikasi bernilai RM500,000 yang disita oleh pihak polis. Ia diserah kepada […]

Himpunan Turun Anwar: Kematangan demokrasi era Madani

Malaysia pernah melalui zaman di mana suara dibungkam, perhimpunan dibedil, danperbezaan pendapat dijenayahkan. Di era Madani, pembangkang dan penyokongnya dibenarkan berhimpun secara aman di ibu kota tanpa gangguan, tanpa kekerasan. Ini bukan kelemahan pentadbiran, ini kekuatan demokrasi sebenar. Kerajaan Madani telah menzahirkan ruang demokrasi yang bukan hanya dilaungkan, tetapi benar-benar dirasai. Hak untuk berhimpun dan […]

Duta Besar Malaysia ke AS yang baharu ikrar perkukuh hubungan dua hala

Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–AS semasa majlis penyerahan watikah pelantikan kepada Presiden Donald J. Trump di Rumah Putih. Dalam satu hantaran Facebook pada Sabtu, Kedutaan Malaysia di Washington DC memaklumkan bahawa Muhammad Shahrul Ikram menyerahkan watikah […]

MCMC galak penyertaan pihak industri, masyarakat sivil dan orang awam dalam proses Rundingan Awam yang sedang berlangsung….

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengambil langkah untuk pembangunan satu kerangka pengawalseliaan yang seimbang, inklusif serta sejajar dengan keperluan penguatkuasaan negara dan piawaian perlindungan data global. Untuk tujuan itu mulai 25 Julai ini hingga 8 Ogos 2025 MCMC memulakan Rundingan Awam berkenaan Cadangan Kerangka Pengawalseliaan untuk Penyimpanan, Pemeliharaan dan Pendedahan Data Komunikasi bagi […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.