Category Archives: SUARA PEMBACA

MCMC siasat hantaran ancam, hina kerabat diraja Terengganu

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat seorang individu yang dipercayai memuat naik kandungan bersifat mengancam, menghina dan jelik melampau terhadap kerabat diraja Terengganu menerusi akaun peribadinya di platform X. Kenyataan MCMC hari ini memaklumkan kandungan itu didapati menyentuh sensitiviti institusi diraja dan mengandungi unsur penghinaan serta ancaman yang berpotensi mencetuskan kebencian, ketegangan awam […]

Malaysia kecam tindakan Israel daftar tanah secara haram di Tebing Barat

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel mendaftarkan tanah secara haram di wilayah Tebing Barat yang diduduki. Tindakan berkenaan disifatkan sebagai percubaan memperkukuh penempatan tidak sah serta pendudukan kekal wilayah Palestin. ” Tindakan yang pertama seumpamanya sejak 1967 itu merampas hak milik rakyat Palestin, memperluas penaklukan dan secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Geneva […]

Ketua Pengarah RTM Datuk Suhaimi Sulaiman tamat perkhidmatan 22 Feb ini

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan penghargaan kepada Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman yang akan menamatkan perkhidmatan pada 22 Feb ini, selepas hampir tiga tahun menerajui jabatan berkenaan. Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, Fahmi berkata beliau amat berbangga dengan sumbangan serta pembaharuan dibawa Suhaimi di Radio Televisyen […]

MyKad bukan alat pantau pergerakan rakyat

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan MyKad digunakan oleh kerajaan untuk memantau pergerakan harian rakyat Malaysia. Beliau sebaliknya menegaskan sebaliknya Mykad berfungsi sebagai dokumen pengenalan diri dan tidak mempunyai ciri pengesanan lokasi. “Saya ingin menegaskan Mykad merupakan dokumen pengenalan diri serta pengesahan identiti dan ia satu mekanisme mengesahkan identiti kita merupakan […]

Indonesia mahu berkerjasama dengan Malaysia bangun industri semikonduktor

Indonesia sedang mengintai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan industri semikonduktor generasi akan datang sebagai sebahagian daripada usaha lebih luas yang melibatkan beberapa rakan strategik bagi memperkukuh keupayaan dalam teknologi cip yang baru muncul. Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto berkata Malaysia ketika ini mempunyai pengalaman industri yang lebih mantap, manakala pasaran bagi teknologi […]

Tarif elektrik Sabah naik mulai 1 Februari

Tarif elektrik di Sabah dan Labuan meningkat lebih lima sen setiap kilowatt-jam (kWh) berkuat kuasa hari ini, dengan purata tarif asas disemak daripada 34.52 sen kepada 39.70 sen per kWh. Dalam satu kenyataan, Sabah Electricity Supply Berhad memaklumkan semakan tarif itu dilaksanakan di bawah rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif (IBR), selaras dengan peruntukan terkini Enakmen […]

PETRA cari penyelesaian menyeluruh tangani isu air di Labuan

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terus komited membantu menangani isu bekalan air di Labuan melalui langkah proaktif untuk keterjaminan bekalan air di pulau itu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Labuan kini bergantung kepada bekalan air yang dirawat di Loji Rawatan Air Lawa Gadong di Beaufort, Sabah yang disalurkan ke pulau […]

Kerajaan MADANI komited bekal elektrik ke sekolah pedalaman Sarawak

Kerajaan MADANI meneruskan komitmen bagi memastikan bekalan elektrik 24 jam yang stabil di sekolah pedalaman Sarawak dengan pelaksanaan Projek Penyelenggaraan Sistem Solar Hibrid dan Naik Taraf Sistem Bekalan Elektrik bagi tempoh 2025 hingga 2027. Projek yang dilaksanakan menerusi Kementerian Kerja Raya itu melibatkan 121 sekolah luar bandar di Sarawak dan bertujuan untuk menggantikan penggunaan jana […]

Majlis Media Malaysia buka mekanisme aduan rasmi

Majlis Media Malaysia (MMM), memaklumkan mekanisme aduan rasmi kini telah dibuka dan beroperasi sepenuhnya sebagai saluran berinstitusi untuk menangani isu berkaitan amalan kewartawanan, etika media dan kandungan berita secara profesional, adil serta berhemah. Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan MMM, susulan Mesyuarat Lembaga yang diadakan pada 20 dan 21 Januari 2026 di Ibu Pejabat Media Prima, […]

Lima kluster MADANI pacu agenda Negara Bangsa 2026

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memperkenalkan lima kluster utama sebagai gerak kerja teras sepanjang 2026, bagi memperkukuh agenda pembinaan negara bangsa dan penyatupaduan rakyat dalam masyarakat majmuk. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, hala tuju itu selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang meletakkan pembinaan negara bangsa sebagai antara tonggak […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.