Category Archives: KEMBARA

Muzium Feri Terapung di Pulau Pinang dibuka mulai 16 September

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, Pulau Pinang mengumumkan Muzium Feri Terapung akan dibuka secara rasminya pada 16 September ini kepada orang ramai. Pengarah Muzium Feri Pulau Pinang, Abdul Hadi Abu Osman berkata,kerja pemulihan dimulakan pada tahun 2022 dan projek siap pada 2024. “Walaupun berlaku insiden teknikal yang menyebabkan feri tenggelam selepas restorasi, […]

Sultan Pahang cadang Air Borneo wujudkan penerbangan Kuching-Kuantan

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan minat baginda terhadap penubuhan syarikat penerbangan baharu Sarawak, Air Borneo. Titah baginda, perkhidmatan itu kelak berpotensi menghubungkan Pahang, Sarawak dan Melaka melalui laluan penerbangan terus. Titah baginda, cadangan itu bukan sahaja mampu memperkukuh hubungan strategik antara tiga lokasi berkenaan, malah mempererat silaturahim rakyat di samping merancakkan […]

Sukan Lasak Antarabangsa jadi tarikan Tahun Melawat Johor 2026

Acara sukan lasak bertaraf antarabangsa bakal menjadi antara pengisian utama dalam kalendar Tahun Melawat Johor 2026, dengan keyakinan mampu menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu dan seterusnya merancakkan ekonomi tempatan. Pengarah Tourism Johor, Mohammad Nazrul Abd Rahim berkata penganjuran acara sebegitu terbukti berupaya menarik minat peserta pelbagai negara. Menurutnya, Johor sudah pun mempunyai rekod […]

Jelajah Kraf Malaysia: Mencari keaslian Ala Bimbang di Pulau Bum Bum

Mentari di Pulau Bum Bum memancar garang, bahangnya menyengat kulit setiap yang melangkah menghampiri sebuah rumah berona kuning cair di perkampungan nelayan, Look Melalom, kira-kira 10 kilometer dari pekan Semporna. Tidak sedikit pun terasa kedinginan bayu pantai menyamankan pipi di sebalik teduhan topi ataupun payung, bahkan kipas mini yang dibawa seolah-olah bagaikan tidak mampu untuk […]

Nak ke Indonesia… wajib isytihar ketibaan melalui aplikasi ‘All Indonesia’

Semua penumpang penerbangan antarabangsa wajib melengkapkan pengisytiharan ketibaan melalui aplikasi “All Indonesia” mulai semalam 1 September. Buat masa ini, syarat itu terpakai kepada pengembara yang tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Banten, Lapangan Terbang Juanda di Jawa Timur, Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai di Bali serta Pelabuhan Batam di Kepulauan Riau. Ujian pelaksanaan di […]

RIUH Merdeka! 30 jam penuh aksi di Putrajaya

Lebih 25,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan acara ‘RIUH Merdeka’ yang bakal berlangsung selama 30 jam tanpa henti di Putrajaya pada 30 Ogos ini. Program anjuran Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures (MyCreative) itu akan menjadi platform bagi penggiat industri kreatif dan usahawan tempatan menonjolkan bakat, membuka peluang perniagaan serta merapatkan hubungan komuniti. Menurut kenyataan MyCreative, acara […]

Jom ke Temasya Warisan Pahang 2025…macam-macam ada…!!!

Yayasan Tenun Pahang Diraja menganjurkan sebuah festival bertaraf antarabangsa, Temasya Warisan Pahang 2025 yang menghimpunkan warisan seni, kraf, kulinari dan budaya di bawah satu bumbung. Lebih istimewa, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mempersembahkan demonstrasi masakan tradisional Pahang termasuk hidangan cita rasa bangsawan. Acara eksklusif itu dijangka menjadi […]

Aceh bersiap sedia lancar laluan feri baharu ke Pulau Pinang

JAKARTA: Wilayah Aceh di Indonesia bakal melancarkan laluan terus feri baharu dari Pelabuhan Krueng Geukueh di Muara Satu ke Pulau Pinang, Malaysia – langkah yang dijangka dapat merancakkan perdagangan, pelancongan dan hubungan ekonomi rentas sempadan. Gabenor Aceh Muzakir Manaf yang lebih dikenali sebagai Mualem, berkata persiapan sedang dijalankan di pelabuhan itu menjelang pelancaran yang dirancang. […]

19.2 juta pelancong dalam 6 bulan, Singapura, Indonesia paling ramai

Singapura kekal sebagai pasaran terbesar bagi sektor pelancongan Malaysia apabila mencatatkan lebih 10.29 juta pelawat sepanjang Januari hingga Jun 2025, meningkat 22.5 peratus berbanding tempoh sama pada 2024. Peningkatan itu sekali gus mengekalkan kedudukan Singapura jauh di hadapan negara lain dalam aspek jumlah ketibaan pelancong asing ke Malaysia. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk […]

Mersing Kanan: Pintu masuk rasa Pantai Timur di bumi Johor

Aroma nasi dagang yang dijual di tepi jalan, kepulan asap satar dibakar di atas bara serta deretan kedai keropok lekor, semuanya seakan membawa pengunjung ke negeri Pantai Timur di Kelantan dan Terengganu. Namun, ini bukan di Kuala Terengganu atau Kota Bharu, sebaliknya di Mersing, Johor, sebuah daerah pesisir yang terletak kira-kira 136 kilometer dari Johor […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.