Category Archives: YANG VIRAL

Menteri Komunikasi kena fitnah lagi… kali ini berkaitan tik tok

Black ops semakin canggih sehingga payah hendak kenal yang mana benar dan mana yang palsu. Terbaru, konglomerat media terkemuka Media Prima Berhad menegaskan bahawa satu hantaran yang tular membabitkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan TikTok adalah palsu dan disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab. Syarikat gergasi media itu menegaskan tangkap layar tular yang kononnya dari […]

Kepercayaan rakyat dorong kejayaan Kerajaan MADANI

Kejayaan Kerajaan MADANI dilihat sebagai hasil kestabilan dasar, keberanian melaksanakan reformasi serta kepercayaan berterusan rakyat terhadap kepimpinan negara. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran Facebook memaklumkan, kerajaan terus memperkukuh ekonomi negara menerusi kemasukan pelaburan berkualiti tinggi, penciptaan peluang pekerjaan serta pelaksanaan agenda pertumbuhan inklusif. “Segala pencapaian ini bukan sekadar angka dan statistik, tetapi […]

Keputusan kes 1MDB dan kesan kepada landskap politik negara

Keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 Disember yang mensabitkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, bersalah atas semua 25 tuduhan berkaitan dana kekayaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), menutup satu episod penting dalam sejarah politik dan perundangan negara. Namun pada masa sama, keputusan itu membuka persoalan baru tentang kesan jangka panjangnya terhadap landskap […]

Kerajaan MADANI komited tingkat kesejahteraan rakyat Sarawak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kerajaan MADANI terus komited memacu kesejahteraan rakyat Sarawak melalui pelaburan strategik, pembangunan ekonomi inklusif serta mewujudkan peluang pekerjaan baharu. Beliau berkata, komitmen itu termasuk pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta pengurusan sumber minyak yang adil bagi memastikan manfaat ekonomi terus sampai ke rakyat. “Setiap inisiatif dirancang dan dilaksanakan […]

Kekuatan Malaysia terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keharmonian di Malaysia bukanlah satu kebetulan, sebaliknya ia dibina melalui dasar yang adil serta budaya saling memahami antara rakyat berbilang kaum dan agama. Jelas Datuk Seri Anwar dalam satu ucapan sempena sambutan Hari Natal di Facebooknya hari ini berkata, di sebalik ketidaktentuan ekonomi dunia dan konflik kemanusiaan, […]

Kerajaan MADANI pastikan pelaburan beri pulangan kepada rakyat

Komitmen Kerajaan MADANI adalah memastikan setiap pelaburan memberi pulangan yang bermakna kepada rakyat, hari ini serta masa depan negara, demikian dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Menteri Kewangan menerusi hantaran Facebook memaklumkan pelaburan ​yang dibawa masuk Kerajaan MADANI bukan sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi turut diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat. […]

Keberanian GSF diharap terus nyalakan sokongan kepada Gaza

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap keberanian misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) terus menyala untuk mesyarakat terus berdiri teguh bersama Gaza. Jelasnya menerusi hantaran di Facebook, situasi itu dalam memastikan keadilan tertegak di bumi Palestin yang merdeka akibat daripada tindakan tidak bermoral Israel. “Tatkala kuasa-kuasa besar dunia membisu bahkan menghukum mereka yang bersuara […]

Penting bagi Kemboja, Thailand pegang semangat dialog

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan pentingnya bagi Kemboja dan Thailand mendukung semangat dialog, kebijaksanaan dan sifat saling menghormati bagi meredakan ketegangan serta memelihara keamanan dan kestabilan rantau Asean. Dalam satu hantaran di Facebook pada 21 Disember, Anwar berkata beliau telah mengutarakan perkara itu dalam perbualan telefon berasingan dengan Perdana Menteri Kemboja Hun […]

Prestasi ekonomi Malaysia kukuh kata IMF… Anwar gembira

Dalam ketidaktentuan dunia, ekonomi Malaysia mendapat pujian langsung daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menyatakan Malaysia menunjukkan daya tahan ekonomi yang ketara berdepan ketegangan perdagangan global dan ketidaktentuan dasar. Mengulas perkara tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyambut baik penilaian IMF terhadap prestasi ekonomi Malaysia baru-baru ini. Merujuk kepada penilaian itu, beliau menegaskan bahawa […]

Banjir: Perlu sentiasa waspada dan patuhi arahan berpindah- PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan penduduk terjejas banjir supaya terus berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa, selain segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila diarahkan demi keselamatan diri serta keluarga. Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata Kerajaan MADANI melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyelaras tindakan segera bersama agensi […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.