Category Archives: YANG VIRAL

NADI Pulau Banggi: Jantung digital desa yang ukir sejarah di pentas dunia

Di tengah lautan, kira-kira 70 kilometer dari Kudat, Sabah, sebuah pulau terpencil kini berdiri megah sebagai simbol transformasi digital negara. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pulau Banggi, yang dulu terpinggir, kini muncul sebagai jantung digital desa yang tidak hanya mengubah nasib komuniti tempatan, malah mengukir sejarah di pentas antarabangsa. Inisiatif strategik kerajaan melalui Projek Inklusif […]

PM kunjungi Amir Raja Lawak di kedai ayam gorengnya…

Amir Raja Lawak yang kini berdepan dugaan hidup yang berat tidak pernah menduga hasratnya untuk bertemu Perdana Menteri yang dikongsikan di laman Facebooknya jadi kenyataan. Hari ini Sabtu 9 Ogos…Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan Majlis Penutup Program Madani Rakyat (PMR) Kelantan di Kota Bharu meluangkan sekitar 30 minit berkunjung ke kedai ayam goreng Amir […]

Masalah ini nampak kecil tetapi kesannya amat besar.

Apa tidaknya cuba kira sebanyak 2,184 kes kemalangan telah direkodkan berlaku di Jalan Persekutuan seluruh Malaysia melibatkan lokasi yang tiada lampu jalan sejak tahun 2023 hingga Julai lalu. Kalau di bahagi puratanya dalam tempoh 2 tahun sekitar 3 kemalangan berlaku setiap hari cuma kerana kawasan itu gelap dan tiada lampu jalan. Menteri Kerja Raya, Datuk […]

Presiden Trump buka cerita pasal tarif semikonduktor pula…Malaysia mohon penjelasan

Nampak macam ada yang belum beres dalam isu tarif dagangan Amerika ekoran Presiden Donald Trump pada pagi Khamis dilaporkan kata kadar tarif baru 100 peratus akan dikenakan kepada “semua cip dan semikonduktor yang masuk ke negara itu. Namun katanya peraturan itu tidak akan digunakan untuk syarikat yang telah membuat komitmen untuk membuat kilang atau kemudahan […]

Ketua Hakim Negara ikrar pertahan kehakiman sepenuh jiwa raga

Ketua Hakim Negara yang baharu dilantik Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berikrar untuk melindungi dan mempertahankan kebebasan badan kehakiman. Menerusi ucapan pertama sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia ke-17, Wan Ahmad Farid turut menyentuh mengenai perjalanan kerjayanya yang panjang serta pelbagai dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang tidak mungkin beliau lupakan. “Saya pernah berkhidmat dalam […]

Sultan Ibrahim disambut Presiden Vladimir Putin sempena lawatan negara di Kremlin

DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diberikan sambutan negara di Kremlin Moscow pada hari ini (6 Ogos), bersempena lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Persekutuan Rusia. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 3 petang (waktu tempatan Rusia) disambut mesra oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Vladimir V Putin, Presiden Persekutuan Rusia di Dewan St […]

Data PADU digunakan bagi penyasaran subsidi RON95

Sistem Pangkalan Data Utara (PADU) akan menjadi rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, sementara menunggu pelaksanaannya secara menyeluruh, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, data membabitkan 30.4 juta profil individu itu akan digunakan oleh Kementerian Kewangan (MOF) sebagai rujukan bagi melaksanakan pemberian subsidi bersasar. “Berhubung pelaksanaan subsidi bersasar, […]

Pembelian Boeing oleh MAS…bukan pembaziran, tapi langkah strategik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab kritikan pembangkang mengenai keputusan Malaysia Airlines membeli 30 pesawat Boeing, yang merupakan kedudukan kewangan syarikat penerbangan negara bertambah baik. Menurutnya, langkah itu bukan sahaja telah mengurangkan tarif Amerika Syarikat terhadap Malaysia malah mencerminkan diplomasi perdagangan strategik antara kedua-dua negara. “Alhamdulillah saudara-saudara, sebab apa? Sebab politik kita stabil. Ekonomi […]

Sultan Pahang akan terus bersuara mengenai isu pencerobohan tanah

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah baginda akan terus bersuara mengenai isu pencerobohan tanah di negeri ini sehingga kegiatan itu dihentikan sepenuhnya. Bagaimanapun, baginda bertitah usaha itu memerlukan kerjasama semua pihak termasuk penyaluran maklumat daripada rakyat dan gerak kerja daripada Pejabat Daerah dan Tanah serta Jabatan Perhutanan Negeri. “Saya akan bersuara apabila […]

Tiada bukti kaitkan anak VIP, menteri dengan kes kematian Zara Qairina

Polis mengesahkan setakat ini tiada sebarang bukti yang mengaitkan pembabitan anak orang kenamaan (VIP) termasuk ahli keluarga menteri dan pihak Istana Negeri Sabah, dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, di sini. Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihaknya komited memastikan setiap aspek diteliti […]

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.