Malaysia tidak akan berganjak daripada pendiriannya dalam mempertahankan hak rakyat Palestin, meskipun berdepan risiko tindak balas ekonomi termasuk kemungkinan dikenakan tarif tambahan oleh Amerika Syarikat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kekal tegas dalam pendiriannya sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat. “Tarif yang bakal dikenakan itu lebih kepada soal ekonomi, khususnya membabitkan sektor […]
Category Archives: YANG VIRAL
Seminggu riuh rendah bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan dalam perlantikan hakim kanan. Tapi ramai yang tidak perasan bahawa Perlembagaan Malaysia tidak meletakkan semua kuasa melantik cabang eksukutif kepada Perdana Menteri. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan unik dan tersendiri — satu gabungan bijak antara demokrasi berparlimen, eksekutif bertanggungjawab dan […]
Pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara baharu diharap dapat memadam segala spekulasi dan tohmahan berkaitan isu badan kehakiman sebelum ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Saya harap perkara ini dapat menjernihkan keadaan. Namun, satu hal yang ingin saya tekankan ialah budaya fitnah harus dihentikan. “Cerca dan kecaman tanpa […]
160 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara sebulat suara memohon Perdana Menteri mengambil tindakan segera bagi melaksanakan Titah Adendum Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang memperkenankan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan di rumah. Menurut Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Mohd Shafie […]
Bermula 1 Julai 2025 lalu , pelaksanaan kadar dan skop baharu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menyaksikan ekonomi negara memasuki fasa penyesuaian, dengan pengguna dan komuniti perniagaan dijangka berdepan peningkatan kos barang dan perkhidmatan apabila kos operasi dinaikkan oleh pembekal. SST baharu ini merupakan kesinambungan pengumuman oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 9 Jun lalu, sebagai […]
Tanpa mempedulikan ‘suara sumbang’ dalam negeri dan tekanan geopolitik pentadbiran Donold Trump, Malaysia terus melangkah gagah di arena antarabangsa sebagai jaguh diplomasi dengngan perdekatan berhemah dan inklusif. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui siri lawatan rasmi ke Eropah dan Amerika Selatan serta kehadiran aktif di forum antarabangsa seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Sidang […]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan lawatan beliau ke Brazil untuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS baru-baru ini, sekadar untuk “bersiar-siar”, sebaliknya sebagai usaha penting menjalinkan kerjasama ekonomi global. Beliau berkata setiap lawatan rasmi yang dilakukan adalah untuk membawa pulangan ekonomi kepada negara, bukan sekadar untuk bersiar-siar seperti yang ditohmah banyak pihak. “Kita bukan pergi […]
Kerjasama ASEAN+3 perlu kekal tangkas dan bersepadu dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks. Demikian ditegaskan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menyampaikan ucapan pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN+3 ke-26 di ibu negara, hari ini. Menurut beliau, pendekatan tersebut penting bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh ASEAN+3 kekal relevan, berkesan dan berimpak tinggi […]
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) menandatangani Perjanjian Pembiayaan Perkongsian Rangkaian Akses Radio (RAN) Multi-Operator Core Network (MOCN) untuk Projek SMART600 di Sarawak. Pelaksanaan projek SMART600 dilihat akan mempercepatkan kesalinghubungan digital dalam mengubah landskap digital luar bandar di negeri itu. MCMC dan SDEC dalam satu kenyataan bersama memaklumkan, sebanyak […]
ASEAN perlu terus berpegang pada prinsip persefahaman dan kerjasama serantau bagi menghadapi cabaran global yang semakin rumit, termasuk konflik geopoltik, tekanan ekonomi dan ketidaktentuan iklim global. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kekuatan ASEAN terletak pada keupayaannya untuk mengurus perbezaan menerusi dialog berterusan, saling menghormati dan capaian konsensus. “ASEAN perlu menjadi antara yang berpegang […]










